Blindbox
Sejak Eco Shop dekat rumah aku bawa masuk blind box, setiap kali singgah memang tangan gatal nak beli satu. Harga dia pun jauh lagi murah berbanding blind box dekat kedai mainan besar, so rasa tak terlalu guilty kalau nak beli untuk lepaskan stress. Yang aku beli ni label dia tulis "BLINDBOX ECO SHOP" siap ada tulisan kecil kawaii, memang terus tertarik. Tips aku kalau korang nak beli blindbox murah dekat Eco Shop: cuba tengok dulu design koleksi yang ada dekat kotak – biasanya ada gambar semua karakter. Dari situ boleh agak sama ada korang suka style comel, kartun, atau lebih kepada dekor mini. Aku memang jenis suka cutecat, so bila nampak ada karakter kucing comel terus add to basket. Bab kualiti, jangan expect macam brand mahal, tapi jujur untuk harga Eco Shop, figure dia still okay dan kawaii. Cat warna kemas, plastik tak terlalu nipis, dan sesuai sangat buat hias meja study atau letak atas rak. Aku suka susun semua blindbox yang pernah aku unbox sebelah-sebelah, rasa puas hati tengok koleksi makin bertambah. Kalau korang baru first time nak cuba blind box Eco Shop, aku cadangkan beli 1–2 dulu. Cuba dulu kualiti dan tengok sama ada korang betul-betul suka konsep surprise macam ni. Ada orang tak suka sebab tak tahu dapat design apa, tapi bagi aku itu yang buat blindbox lagi fun. Moment time buka plastik, tarik kotak, lepas tu reveal itu yang buat rasa "ome to" macam welcome new item dalam koleksi. Satu lagi, better check stok selalu sebab blind box murah macam ni cepat habis. Kadang-kadang design baru masuk, sekejap je dah sold out. Aku pernah menyesal tak grab awal, next time pergi dah tukar koleksi lain. So kalau korang memang minat blind box eco shop, jangan malu nak tanya staff kedai bila stok baru sampai. Kalau korang ada koleksi blindbox murah lain selain Eco Shop, boleh share juga. Aku pun tengah survey nak compare, mana lagi berbaloi dari segi harga dan kualiti. Buat masa ni, blind box Eco Shop still jadi pilihan bila nak something kawaii dengan bajet kecil.


















































🍋 Welcome to Lemon8! 🍋 Sangat gembira lihat post anda! 🎉 Ikutlah @lemon8community untuk tips menjadikan kontent anda lebih popular! Marilah siarkan lebih kontent menarik! 🤩