Explore Famous Taiwan Foods (Halal) in Penang

4 hari laluDiedit kepada

... Baca lagiSebagai penggemar makanan Taiwan, saya sangat teruja bila dapat menikmati buffet khas di Garden Café, Shangri-La Golden Sands, Penang yang bertemakan "The Essence of Taiwan". Buffet ini bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan Taiwan yang autentik dan halal, tetapi juga pelbagai pilihan hidangan seafood, masakan barat, dan makanan Malaysia. Salah satu hidangan kegemaran saya di sini adalah Taiwan Sanbei Chicken, yang terkenal dengan rasa manis dan masin yang seimbang serta ayamnya yang lembut. Chef yang berasal dari Taiwan juga menyediakan Chiayi Dongshi Omelet di depan pelangan, memberi pengalaman makan yang lebih interaktif dan menarik. Selain itu, jangan lupa mencuba Donggang-style Glutinous Rice dengan Sakura dan Wok-fried Soft-shell Crab dengan salted egg, yang mempunyai rasa berlemak, manis dan masin yang sangat unik. Saya juga kagum dengan keluasan Garden Café yang selesa untuk menikmati hidangan sambil bersantai. Untuk yang kaki pencuci mulut, buffet ini menyediakan pelbagai pilihan dessert yang menyelerakan yang pasti memuaskan selera anda. Harga buffet dewasa RM198 nett dengan tawaran beli satu percuma satu sangat berbaloi, manakala kanak-kanak berumur 6-12 tahun RM99 nett. Lokasi di Shangri-La Golden Sands, Penang mudah diakses dan sesuai untuk anda yang ingin menikmati makanan Taiwan tanpa perlu terbang ke Taiwan. Pengalaman ini sangat mengasyikkan dan mendekatkan saya dengan citarasa Taiwan yang asli dalam suasana yang santai. Saya sangat mengesyorkan pengalaman ini kepada penggemar makanan dan mereka yang ingin mencuba makanan Taiwan halal yang penuh cita rasa. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati buffet ini antara 16 hingga 25 Julai 2026, dari pukul 6 petang hingga 10 malam. Selamat menjamu selera!