Terjemahan Shahih Al-Bukhari Jilid 4
Kitab Shahih Al-Bukhari ditulis oleh Imam Al-Bukhari r.a atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad bin Ismail. Beliau merupakan tokoh pengumpul hadits yang agung dan terkenal pada zamannya. Buah tangannya iaitu Kitab Shahih Al-Bukhari menjadi warisannya yang amat bernilai kepada umat islam sehingga kini. Beliau berjaya mengemukakan hadits-hadits sahih pada darjah yang paling tinggi dalam kitab tersebut. Para Ulama timur dan barat sepakat memberi galakan kepada Shahih Al-Bukhari sebagai kitab yang paling sahih selepas Al-Qur'an. Kitab Shahih Al-Bukhari mengandungi 7275 hadits termasuk hadits-hadits yang dikemukan berulang-ulang. Hadits-hadits ini merupakan sari pati yang shahih yang dipilih daripada 600,000 hadits yang didengar, dikumpul dan dikaji oleh beliau selama 16 tahun.
*PUSTAKA JAWI ABI PANTON*
















