BELUM BERUNTUNG DENGAN LELAKI TAPI

sepanjang hidup ni masih belum lagi jumpa dengan orang yang tepat masih belum beruntung dengan lelaki tapi beruntung dengan keluarga

#Hello2026 lepas ni biarlah orang nak kata apa sebab kita ada keluarga yang hormat,sayang kita jadi jual mahal sikit tak perlu rendah diri untuk orang lain

pernah ada seorang ayah yang penyayang alhamdulillah syukur ada adik yang kalau ada tak lokek alhamdulillah

walaupun kadang sedih masih belum money freedom kadang bergantung pada orang lain

Ya Allah kurniakanlah aku rezeki yang melimpah ruah supaya tak jadi beban sesiapa pun

keluarga tak anggap aku beban tapi kadang terasa diri ni membebani

sekarang adik² bujang lagi boleh la kadang² tebalkan muka minta tapi nanti bila dah berkeluarga makin banyak komitmen mereka. sekarang ni pun dah ada komitmen masing-masing.

semoga Allah kurniakan rezeki melimpah ruah untuk adik-adik ku. kurniakan mereka kesihatan yang baik.

walaupun kuat dalam rapuh teringin juga ada orang tanya sayang ok ke hari ni dah makan ke abang orderkan grab tau sayang nak makan apa hehe

#AnonymousStory

1/3 Diedit kepada

... Baca lagiSaya faham sangat perasaan tidak beruntung dalam percintaan, memang kadang ia membuat hati rasa kosong dan sedih. Namun, saya percaya setiap orang ada perjalanan dan masa mereka sendiri. Dalam masa menunggu pasangan yang sesuai, sokongan keluarga adalah sangat penting. Keluarga bukan sahaja memberi kasih sayang tapi juga menjadi tempat kita bergantung saat terasa lemah. Dalam hidup saya, walaupun belum mencapai 'money freedom', keluarga tetap jadi sumber kekuatan. Ada masa saya terpaksa minta tolong dan itu bukan mudah, tapi mereka sentiasa ada, memberikan semangat dan kadang-kadang berkongsi cerita tentang rezeki dan harapan masa depan. Selain daripada itu, menjaga hubungan dengan adik-beradik juga penting. Kita saling menyokong terutama bila masing-masing sedang melalui fasa hidup yang mencabar. Doa dan sokongan mereka membuatkan saya lebih kuat untuk terus berusaha. Kepada sesiapa yang masih merasakan belum beruntung dalam percintaan, jangan terlalu sedih. Manfaatkan masa ini untuk lebih mengenali diri, membentuk kekuatan dalaman, dan hargai kasih sayang keluarga. Percayalah, waktu yang tepat akan tiba dan apabila tiba, semuanya akan terasa lebih bermakna.

6 komen

Imej MOHD FAIROOS BIN JAMARDUDIN
MOHD FAIROOS BIN JAMARDUDIN

aku juga seorang ayah😔 di dunia aku tiada kawan kawan😔 aku bukan seorang ahli masjik aku juga tak pernah sembahyang😔di dunia aku cuma berkawan dengan tuhan seteguh hati aku😘di sini aku ada satu cerita yang tak pernah aku ceritakan pada sesiapa pon tentang kehebatan tuhan dan rezeki tuhan😘 kalau aku ceritakan apa yang telah berlaku pada diri aku semua tu mati hidup balik pon orang tak kan percaya semua cerita aku tu😘 kalau allah izinkan aku ingin sangat cerita aku ini orang pertama yang mendengarnya biarlah ibu aku😔tapi..

Lihat lagi(2)
Imej Nur Eda
Nur Eda

kadang ada adik beradik yang prihatin.. kadang ada ibu bapa yang prihatin.. kadang ada suami yang prihatin... macam tu la aturan Allah... kerna Allah tak akan biar hamba-Nya dalam kesulitan panjang.. setiap dugaan pasti ada hikmahnya..saya pun mcm tu.. ada adik beradik tp iri kecuali adik saya... alhamdulillah Allah berikan saya ibu ayah, adik serta suami yg sangat menyayangi saya... sentiasa ada D jatuh dan bangun saya..

Lihat lebih banyak komen