Weight loss journey from 101 kg to 74 kg

#RealTentangDiet

Dulu masa berat 101kg, jalan sikit pun dah semput. Nak cari baju pun susah, semua ketat rasa tak selesa. Lepas tu saya tekad nak diet, tapi bajet pulak memang ciput.. jadi saya tak boleh la nak beli makanan fancy macam dalam Instagram tu.

But, it didn't stop me from diet. Saya start dengan benda simple like telur rebus, sayur kobis goreng sikit-sikit, kadang makan nasi tapi portion kecik. Air manis saya potong habis, air kosong je kawan baik saya. Fast food? Saya cut banyak, tapi sekali-sekala kalau craving, saya ambik je tapi share dengan adik 🤭

Ambik masa jugak, bukannya sehari dua turun. Ada hari rasa give up, ada masa terbabas makan lebih. Tapi saya teruskan pelan-pelan. Dari 101kg, Alhamdulillah sekarang maintain 74kg. Baju dah senang beli, jalan jauh dah tak semput, keyakinan pun naik.

Yang penting saya belajar, journey nak kurus ni bukan sebab produk mahal, tapi sebab konsisten dengan gaya hidup, walaupun bajet tight. Slow progress, tapi worth it gila.

2025/9/7 Diedit kepada

... Baca lagiSaya faham betapa susahnya nak mulakan perjalanan turunkan berat badan terutama bila bajet terhad dan tiada akses pada produk mahal. Saya juga pernah rasa macam putus asa bila ada hari-hari saya tak dapat patuh diet seperti yang dirancang. Tapi saya belajar satu perkara penting: konsistensi itu kunci utama. Dalam rutin harian saya, walaupun masa sibuk dan duit terbatas, saya utamakan makanan berkhasiat mudah seperti telur rebus dan sayur kobis yang murah tapi tetap beri tenaga dan rasa kenyang. Memotong air manis dan fast food secara drastik juga beri impak besar pada penurunan berat saya, walau saya tetap beri ruang pada diri nak nikmati makanan kegemaran secara berperingkat. Saya juga ingin ingatkan, jangan bandingkan diri dengan orang lain yang mungkin guna produk mahal atau kaedah lain. Fokus pada diri sendiri dan apa yang mampu kita buat. Dalam perjalanan saya, perubahan bukan sahaja pada angka di penimbang tetapi juga dari segi stamina dan keyakinan diri untuk jalani hidup lebih sihat secara berperingkat. Gambar sebelum dan selepas yang saya kongsi adalah bukti nyata yang walau dengan bajet kecil, komitmen dan usaha yang berterusan dapat beri hasil yang memuaskan. Jika anda berminat untuk mulakan diet sederhana dan berkesan, kuncinya adalah pilih makanan simple, kurangkan gula, tambah sayur, dan jangan lupa bersabar.

Cari ·
diet menu turun 10kg sebulan

16 komen

Imej meowmeow
meowmeow

kisah kita sama la… cuma saya baru turun 10 kg. tp saya slalu pergi program and waktu pergi program tu susah sbb org slalu hidang air manis huuuu. awak ada buat diet pape lagi kee? nak tau full routine buleh keww

Lihat lagi(1)
Imej izzahsyahirah503
izzahsyahirah503

series question! 😌 series laa air Manis awk cut terus mesti pernah jugak en minum sikit ii

Lihat lagi(3)

Lihat lebih banyak komen