Si bisu & si pendendam
Title : Twisted Revenge
Author : VeilObsidian
Episode : Bab 1 - Bab 78 + Special Chapter 1 & 2
Tiara Sazeeha adalah seorang anak yatim yang kehilangan kedua ibu bapanya akibat kemalangan dan menjadi asbab dia menjadi bisu. Semenjak itu dia dijaga dengan sangat baik oleh keluarga ibu saudaranya, namun dibenci oleh anak kembar beliau iaitu sepupunya sendiri. Nasib baik dia dijaga dengan elok oleh abang sepupunya iaitu Tengku Isma. Layanan yang diberikan lebih dari seorang abang pada adik. Suatu hari, dia menerima lamaran dari Tengku Isma dan diberi tempoh seminggu untuk jawapannya. Namun, tidak disangka perkara yang tidak diinginkan terjadi sehingga dia mengandung dan ingin membawa diri dari memalukan keluarga ibu saudaranya.
Tengku Leo adalah seorang lelaki yang mempunyai dendam akibat trajedi yang berlaku 18 tahun dahulu yang menyebabkan ia dituduh oleh Tengku Isma dan neneknya sebagai pelaku. Dia menjadikan Tiara sebagai objek untuk membalas dendam pada Tengku Isma kerana dia tahu itulah kelemahan pada beliau. Saat Tiara mengandung, dia menjadikan Tiara sebagai isterinya dengan bersyarat. Namun, tanpa dia sedari dia telah jatuh cinta pada isterinya Tiara dan jatuh sayang pada si ketot, anaknya. Namun, dendam tetap harus dilakukan.
Tapi malangnya, banyak perkara yang terjadi ketika mereka ingin kecapi bahagia. Datangnya bekas kekasih Leo yang mengaku telah melahirkan anaknya, Tiara diculik oleh Tengku Isma, Tiara mengalami koma dan anaknya terpaksa dilahirkan awal. Adakah dapat mereka bahagia? Adakah Tiara akan memaafkan Tengku Leo kerana anaknya? Adakah mereka bercerai seperti syarat Tengku Leo sebelumnya?
#wattpadmalay #WattpadRecomend #MyFreeTime #wattpadstories #YayOrNay



![🍿 judul ; [Dub Indo] Kebangkitan dari Api Dendam](https://p16-lemon8-cross-sign.tiktokcdn-eu.com/tos-alisg-v-a3e477-sg/oUasbTAqbFxI7LMzDJQAww2evAfAILIGALgEeC~tplv-sdweummd6v-shrinkf:640:0:q50.webp?lk3s=66c60501&source=seo_middle_feed_list&x-expires=1818180000&x-signature=MSaba1FBpsY3z5jACnilrPpJFyI%3D)





























author?