Apa sebab halaman rumah jadi port healing?
Halaman rumah selalu jadi port healing sebab ianya bagi kesan tenang secara semula jadi. Bukan sekadar cantik, tapi ada faktor psikologi dan emosi yang kuat.
Ini sebab utama kenapa halaman rumah terasa healing...
1. Dekat dengan alam semula jadi
Pokok bunga, rumput, angin dan bunyi daun bergerak buat otak kita automatik rasa relaks.
Otak manusia memang lebih tenang bila nampak warna hijau.
➡️ Sebab tu duduk luar rumah rasa lebih lapang berbanding dalam rumah lama².
2. Cahaya matahari bantu emosi stabil
Cahaya pagi bantu badan hasilkan hormon serotonin (hormon gembira).
- Mood lebih baik
- Kurang rasa serabut
- Badan rasa ringan
Kadang bukan masalah besar pun cuma kurang kena cahaya luar.
3. Ruang slow living
Halaman rumah tak ada tekanan macam ruang kerja atau dapur. Aktiviti kecil pun jadi terapi seperti siram pokok, minum kopi waktu pagi, duduk tengok langit dan susun pasu bunga.
Perkara simple boleh buatkan otak berehat.
4. Ada rasa milik sendiri
Halaman rumah ialah ruang yang kita jaga sendiri. Bila tengok pokok hidup subur timbul rasa puas
- rasa rumah hidup
- emosi lebih stabil
5. Kurangkan overstimulated dalam rumah
Dalam rumah ada telefon, TV dan bunyi peralatan. Halaman rumah pula lebih senyap membuatkan otak dapat reset.
6. Petua orang dulu
Orang lama selalu tanam serai, pandan, limau purut dan bunga melur. Bukan sekadar hiasan tapi bau alami ni buat kawasan rumah terasa sejuk dan tenang.
Itu sebabnya halaman rumah pun boleh jadi port healing bila ada halaman rumah. Boleh tenang²kan fikiran 🥰
#UnboxingLuck #TakRamaiTahu #halaman #halamanrumah #halamancantik



















































Betul tu👍