Best Long Lasting Setting Spray! | Wear Test

2025/11/30 Diedit kepada

... Baca lagiSebagai seorang yang mempunyai kulit kering, saya tahu betapa mencabarnya untuk mencari setting spray yang tidak membuatkan kulit rasa ketat atau kering terlampau. SEA Makeup 2-in-1 Setting Spray memang menjadi penyelesaian buat saya. Apa yang saya paling suka adalah semburan ultra halusnya yang pantas kering ke kemasan velvet matte, tak melekit dan tak menimbulkan rasa discomfort. Sepanjang penggunaan selama 8 jam, makeup saya tetap kelihatan segar, tiada shine berlebihan, dan langsung tiada creasing walaupun memakai pelitup muka. Spray ini juga membantu makeup tahan lama walaupun saya berada di dalam bilik berhawa dingin dan persekitaran yang agak kering. Kalau korang mempunya kulit kering dan susah dapat setting spray yang sesuai, saya sarankan korang cuba SEA Makeup ni. Ia mudah didapati di Watsons dan juga boleh dibeli secara dalam talian melalui aplikasi Watsons. Pengalaman saya menunjukkan spray ini bukan sahaja mengunci makeup, tetapi menjaga kulit saya dengan baik tanpa menyebabkan rasa kering atau iritasi. Dengan harga yang berpatutan dan mudah didapati, ia memang pilihan tepat untuk memastikan base makeup korang kekal flawless sepanjang hari tanpa perlu risau touch-up yang menyusahkan. Cubalah sekali, pasti jatuh cinta!

Cari ·
silkygirl setting spray