CODE RAHSIA MINYAK MASAK
Haritu tengah scroll, ternampak live dari kilang minyak masak. Baru tahu, rupa-rupanya nombor kecil dalam bulatan pada botol atau paket minyak tu ada maksud penting weh! Bukan sekadar nombor biasa.
Ramai ingat minyak botol dengan minyak paket tu sama je, beza packaging. Hakikatnya, nombor kod tu yang tentukan gred minyak dan kegunaan dia.
Meh saya share:
👉 CP6 : Minyak lebih sihat, kaya vitamin E & tocotrienols. Kurang berbuih, makanan pun jadi lebih sedap. Sesuai untuk salad dressing atau masakan suhu rendah.
👉 CP7 : Kandungan asid lemak tinggi sikit. Minyak cepat berbuih dan makanan lebih cepat serap minyak. Sesuai untuk memasak & menggoreng.
👉 CP8 : Cepat berbuih, cepat jadi hitam. Tak boleh guna berulang kali.
👉 CP10 : Ini biasa minyak paket murah, gred rendah. Senang berkeladak.
Jadi, bukan semua minyak sama. Sebab itu minyak paket murah yang mana ada subsidi dan gred berbeza.
Tip Penting Elak Bahaya:
❌ Jangan guna minyak berulang kali.
❌ Jangan terus guna bila minyak dah bertukar warna atau likat.
❌ Bila goreng haiwan berdarah, minyak itu sekali sahaja boleh pakai. Darah boleh tingkatkan karbon dan ubah struktur asid lemak, bahaya untuk badan.
❌ Kalau banyak asap keluar, buang jangan sayang.
Bonus Tip :
Minyak terpakai jangan terus buang. Kumpul banyak-banyak, boleh jual sekitar RM3.20++/kg. Minyak ni nanti diproses jadi biodiesel. Jadi, masih ada nilai walaupun dah sekali pakai.
POV : Moralnya, bukan semua minyak sama. Kenal nombor, guna ikut fungsi. Badan sihat, masakan pun mantap!
Kredit : RASA


































































































Saya tak tahu kod² minyak masak, cuma yg saya tahu minyak peket mmg minyak gred rendah berbanding botol, tp yg paling best minyak sawit merah, harga n boleh tahan, 10 ringgit sekilo jenama Carotino