JANDA MUDA SEBELAH RUMAH
TEASER 1
Pagi di Taman Bukit Beruang Utama masih berkabus. Afya baru habis siram pokok bunga di depan rumah sementara menunggu anak perempuannya mengambil beg sekolah.
Hari ini dia masuk kerja lambat sedikit sebab perlu daftar playschool Ayla untuk hari pertama.
Bunyi motor besar berhenti betul-betul di sebelah pagar buat dia menoleh refleks.
Seorang lelaki tinggi, berkulit sawo matang, baru turun dari motor dengan uniform bomba separuh lengkap. Helmetnta disangkut di siku, wajahnya serius, namun itu tidak mematahkan niat Afya hendak menegur.
Ukir senyuman, cuba ramah. “Hi… saya Afya. Jiran baru awak. Saja nak sapa dan kenal-kenal.”
Lelaki itu toleh, pandangannya kosong namun bibir tetap bergerak menjawab. “Okay.”
Afya terdiam dua saat. “Okay je?” Sebelah keningnya terjongket.
“Habis tu kau nak aku berpidato seribu lima ratus patah perkataan ke?” balasnya sambil tolak pagar rumahnya perlahan.
Handsome, tapi sombongnya! Muka pun serius je tak ada rasa nak senyum pada jiran sendiri.
Afya mendengus kecil. “Eh, bukan nak suruh berpidato pun. Tegur balik pun dah cukup. Adab berjiran, kan?”
Kyle jungkit kening. “Aku jawab okay tu kira tak cukup adab ke?”
“Okay tu jawapan malas namanya,” balas Afya cepat. “Macam jawab teguran orang yang kita tak suka.”
“Buat apa nak suka kau? Kenal pun tidak.”
Eiii, kurang ajar nya jawapan dia!
“Hm… kita tegur cara baik… dia layan macam kita ni penjenayah pula. Esok lusa kalau jadi apa-apa minta tolong dekat jirab juga.” Ujar Afya.
Kyle cuma balas dengan nada malas, “Kalau tak suka, jangan tegur. Senang.”
Afya ternganga kecil. “Astaghfirullah, sombongnya jiran aku ni!”
Belum sempat Kyle balas, suara lain menyampuk dari arah belakang. “Oii, pagi-pagi dah bertekak dengan jiran baru ke?”
Serta-merta Afya menoleh. Seorang lelaki berwajah ceria dengan senyuman lebar. Siapa lagi kalau bukan Noqman. Dia muncul sambil memegang helmet selepas motornya selamat di parkir di garaj.
“Eh, hai Noqman…” tegur Afya ramah, cuba hilangkan rasa bengang.
“Hai, kenapa gaduh-gaduh pagi ni? Dengan bidadari dunia pun kau nak bertikam lidah ke?” Noqman toleh dan siku lengan Kyle dengan senyuman nakal.
Afya senyum lega. “Ha, yang ni barulah jiran contoh. Tak macam sorang tu.”
Kyle dah pun nak melangkah masuk rumah, malas nak melayan tapi sempat menjeling sedikit sebelum pintu rumah tertutup rapat.
Afya pandang Noqman, separuh geram, separuh ingin tahu. “Dia tu memang jenis sombong ke? Cara dia jawab… macam bercakap dengan batu.”
Ketawa Noqman terus terletus. “Hahaha, jangan ambil hati. Kyle tu memang macam tu. Sejenis lelaki misteri kononnya. Tak suka bercakap dengan perempuan.”
Terus Afya terdiam. Keningnya berkerut. “Tak suka bercakap dengan perempuan?”
“Haah… gay kut…” Seloroh Noqman.
Terbeliak mata Afya. “Dia gay? Siapa partner dia? Awak ke? Dah lah awak sorang je housemate dia.”
“Housemate je bukan pillowmate. Eii minta simpang!”
“Yeke ni? Kang dia cemburu pula awak berbual dengan saya.”
Noqman terus tersedak kecil. “Eh, tak, tak, bukan! Saya straight orangnya! Saya prefer dengan awak berbanding Kyle. Pedang bertemu pedang tak ada rasa.”
Afya ketawa besar sampai terpaksa tutup mulut dengan tangan. “Ish, awak ni! Nasib baik saya tak percaya bulat-bulat tadi. Kalau tak, dah kecoh satu taman.”
Noqman garu kepala. “Ala, gurau je pun. Tapi serius, jangan ambil hati kalau dia nampak kasar. Dia jenis yang banyak diam sebab kerja dia dah penuh dengan adrenaline. Bomba, kan. Dah biasa tengok benda yang bukan-bukan, kadang hilang mood nak bersembang.”
Afya tersenyum nipis. “Kalau macam tu, lain kali saya sediakan air kopi dulu sebelum tegur dia. Mungkin dia perlukan kafein untuk lembutkan lidah.”
Noqman tergelak sambil angkat ibu jari. “Ha, itu baru strategi bijak. Tapi ingat, kalau dia buat muka lagi, saya standby untuk jadi jiran pilihan nombor dua.”
Afya hanya geleng kepala, tawa masih bersisa. Dalam hati, dia tak pasti sama ada nak marah atau nak ketawa dengan jiran sebelah rumah yang sombong tapi… entah kenapa wajah lelaki itu tetap terbayang lama dalam kepala.
Mungkin sebab























Story ape ni?? Janda yg tergedik nak beramah dgn jiran lelaki???