4 Hari 3 Malam di Bandung, Indonesia
Save ni & share dgn ur travel budddy.
Ramai DM tanya detail jadual perjalanan 4 hari 3 malam ke Bandung, jadi saya share versi lebih lengkap supaya korang boleh terus jadikan rujukan. Trip ni memang sesuai untuk first timer yang nak seimbangkan nature, shopping dan relax. HARI 1 – ARRIVAL & CHECK-IN Saya pilih flight tiba waktu tengah hari supaya tak terlalu rushing. Lepas landing, terus cari driver atau guna apps e-hailing. Dari airport ke Hotel 88 Alun-Alun tak jauh, dalam 30–45 minit ikut traffic. Hotel ni saya pilih sebab dekat dengan pusat bandar dan senang nak jalan kaki ke beberapa spot. Lepas check-in, saya rehat sekejap, kemudian keluar untuk kenal kawasan sekitar, cari money changer dan makan malam di kedai local. Malam pertama saya tak letak aktiviti berat, cuma lepak dan plan semula itinerary. HARI 2 – KAWAH PUTIH & GLAMPING LAKESIDE Hari kedua saya fokus nature. Pagi-pagi bangun awal, breakfast di hotel, kemudian gerak ke kawasan Ciwidey. Wajib bawa jacket atau sweater sebab area Kawah Putih sejuk dan berangin. Di Kawah Putih, saya spend masa untuk jalan-jalan, ambil gambar dan enjoy view tasik berwarna putih kehijauan yang unik. Lepas tu singgah ke Glamping Lakeside. Dekat sini korang boleh lunch sambil tengok tasik yang tenang, naik boat atau jalan santai di sekitar kawasan glamping. Kalau suka gambar aesthetic, tempat ni memang banyak spot menarik. Balik ke bandar Bandung biasanya ambil masa lebih kurang 2 jam, jadi saya plan dinner dekat hotel atau kedai berdekatan je. HARI 3 – SHOPPING & BANDUNG CITY TOUR Hari ketiga saya reserved untuk shopping sebab Bandung memang terkenal dengan factory outlet dan pusat membeli-belah. Antara tempat yang popular: Jalan Riau untuk factory outlet, dan beberapa mall besar kalau nak cari barang branded. Pastikan pakai kasut yang selesa sebab memang banyak berjalan. Saya juga selitkan quick city tour – lalu kawasan Alun-Alun Bandung, cuba naik angkutan kota (angkot) sekali untuk rasa pengalaman local, dan cari kopi di cafe hipster. Kalau korang jenis suka makanan, boleh buat food hunting: cuba bakso, nasi timbel, dan street food di sekitar pusat bandar. HARI 4 – LAST MINUTE SHOPPING & BALIK Hari terakhir saya gunakan untuk last minute shopping barang kecil seperti snacks, kopi, dan souvenirs. Check-out hotel, titip beg di concierge sementara keluar sekejap kalau flight lewat petang. Jangan lupa bajet masa untuk traffic ke airport. TIP ITINERARY BANDUNG: - Susun jadual perjalanan ikut stamina sendiri, jangan pack terlalu banyak tempat satu hari. - Untuk Kawah Putih dan Glamping Lakeside, better sewa driver sehari penuh, lebih senang dan jimat masa. - Pilih penginapan seperti Hotel 88 Alun-Alun yang dekat dengan pusat bandar supaya mudah akses makanan dan shopping. - Bawa cash secukupnya tapi tetap guna kad di mall besar. Saya suka itinerary Bandung 4H3M macam ni sebab tak terlalu rushing tapi masih cover highlight penting – Kawah Putih, Glamping Lakeside, dan pusat membeli-belah. Korang boleh adjust hari ikut minat sendiri, contohnya tambah cafe hopping atau spa kalau nak lebih santai.

🍋 Welcome to Lemon8! 🍋 Sangat gembira lihat post anda! 🎉 Ikutlah @lemon8community untuk tips menjadikan kontent anda lebih popular! Marilah siarkan lebih kontent menarik! 🤩