3 makanan penyebab nampak tua!!!

2024/10/16 Diedit kepada

... Baca lagiMula-mula saya pun tak sangka sangat pasal makanan boleh buat nampak tua sebelum umur. Ingatkan cukup pakai skincare, sunscreen, buat facial dah memadai. Tapi lepas dengar penjelasan doktor pasal minuman bergula, fast food dan processed food, baru saya sedar punca kulit cepat kusam dan badan rasa cepat penat. Minuman bergula ni bukan setakat air gas saja, tapi juga teh ais, kopi susu manis, air bungkus yang kita suka order. Gula berlebihan boleh sebabkan proses glycation – ringkasnya, gula akan "bind" dengan protein dalam badan dan rosakkan saluran darah halus. Bila salur darah rosak, organ macam eyes, heart, skin, lung pun terkesan. Saya perasan bila saya kurangkan air manis selama sebulan, kulit kurang naik jerawat kecil dan tak cepat nampak letih walaupun tidur lambat. Processed food pula macam sosej, nugget, burger frozen selalunya senang sangat kita capai bila penat balik kerja. Tapi makanan diproses ni biasanya tinggi garam, MSG dan pengawet. Pengambilan yang kerap boleh tingkatkan oxidative stress dan inflammation dalam badan. Dari segi kulit, saya sendiri rasa lebih kembung (bloated), muka nampak puffier dan pori nampak lebih jelas bila terlalu kerap makan benda-benda ni. Fast food pun sama – kebanyakannya tinggi trans fat, iaitu lemak jahat yang boleh lemahkan skin barrier. Bila skin barrier tak kuat, kulit jadi lebih senang kering, sensitif dan cepat nampak garis halus. Trans fat juga dikaitkan dengan risiko stroke dan serangan jantung. Sejak faham benda ni, saya cuba hadkan fast food maksimum sekali je seminggu, dan kalau teringin sangat, saya akan seimbangkan dengan lebih sayur dan air kosong hari tu. Saya tahu bukan senang nak elak terus semua makanan ni, especially kalau jadual kerja padat. Apa yang saya buat: swap sikit demi sikit. Contohnya, ganti satu gelas air manis dengan air kosong atau infused water, tukar nugget kepada ayam panggang, dan kalau pesan fast food pun, saya pilih portion kecil dan tambah side salad. Lama-lama badan dan kulit sendiri bagi feedback – rasa lebih ringan, tak cepat semput, dan muka tak seteruk dulu bila bangun tidur. Kalau korang rasa sekarang kulit macam nampak lebih tua dari umur sebenar, boleh cuba audit balik pemakanan harian. Kadang-kadang bukan skincare yang salah, tapi apa yang kita makan dan minum hari-hari. Perlahan-lahan kurangkan minuman bergula, processed food dan fast food, insyaAllah kulit dan badan akan nampak lebih muda dan sihat.

Cari ·
overnight oat for diet

75 komen

Imej uC video
uC video

igtkan makan makanan bnyk pengawet leh awet muda sekali.. 🤣

Lihat lagi(1)
Imej morinkashi63
morinkashi63

based on my own experience living in the US for 6 years, as an Asian man, from my own observations on myself, the weather plays an important role on your skin. The 4 seasons some people admired so much actually rob you of your skin complexion without you realizing it. This is my own experience. The cold weather starts creeping in during late summer... into autumn, winter and faded into autumn. The cold weather actually makes your skin wrinkle in the 8 months of the year. After coming back from the US my kids were surprised I had wrinkles on my face. Now it's been 10 years since I was in Malaysia, Alhamdulillah, the warm weather actually tightened back my facial skin without using any cream whatsoever. Don't curse the weather when it's unbearably hot! It's a blessing in disguise. You don't appreciate the hot weather until you understand the blessings that Allah put in it. Food plays another factor that influences how you look. Well you are what you eat 😂.

Lihat lagi(1)

Lihat lebih banyak komen