... Baca lagiRamai fresh grad yang blur bila dengar orang sebut pasal Sime Darby Protege, Khazanah Protégé, program TNB, Petronas dan macam‑macam graduate program lain. Dulu saya pun sama, nampak orang share tapi tak tahu nak start dari mana. So saya share sikit step yang saya sendiri guna / belajar dari kawan untuk mohon program macam ni.
1. Faham dulu apa itu Sime Darby Protege
Program Sime Darby Protege ni sebenarnya program latihan untuk fresh grad. Selalunya tempoh 6–12 bulan, anda kerja macam staff biasa tapi under kontrak latihan. Dapat elaun bulanan, dapat training soft skills & technical, dan paling penting: experience dekat GLC / company besar. Pointer bukan syarat paling utama, tapi dia tengok CGPA + aktiviti + attitude.
2. Cara cari dan mohon Sime Darby Protege
– Pergi website rasmi Sime Darby (career page) dan search keyword "Protégé" atau "graduate trainee".
– Selalunya diorang juga akan post dekat Jobstreet, LinkedIn atau Hiredly. So make sure korang ada akaun LinkedIn yang proper.
– Dekat LinkedIn, follow page Sime Darby, TNB, Khazanah, Petronas, Sime Darby Plantation dll, sebab HR selalu post peluang Protege / Graduate Programme dekat situ.
– Baca betul‑betul requirement: field apa yang diorang perlukan (contoh: business, finance, engineering), CGPA minimum, dan tarikh tutup.
3. Dokumen yang korang wajib siap awal
– Resume Bahasa Inggeris yang kemas (1–2 muka surat cukup). Highlight intern, part time, kelab, projek universiti.
– Cover letter ringkas explain kenapa nak join Sime Darby Protege / graduate program.
– Transkrip sementara pun boleh guna kalau belum konvo.
– Sijil‑sijil extra macam kursus Teraju, Data Science, ML, AI, ACCA dan sebagainya.
4. Upgrade diri sambil tunggu panggilan
Daripada duduk tunggu je, better korang pergi website macam Teraju, cari cert yang relevan dengan bidang korang – Data Science, ML, AI, accounting, digital marketing, etc. Bila letak dalam resume, HR nampak korang proaktif, bukan sekadar harap pointer.
5. Strategi 1 tahun pertama lepas grad
Kalau dapat masuk program Protege/graduate program (contoh Sime Darby, TNB, Petronas):
– Habis 8 bulan – 1 tahun, terus aim apply position tetap dekat company sama atau company lain.
– Masa dalam Protege, jangan malu nak network dengan manager, senior dan HR.
– Simpan semua projek & achievements untuk letak dalam resume baru.
6. Tips extra untuk naikkan peluang dipanggil interview
– Update LinkedIn hari ni juga: letak headline jelas (Fresh Graduate in … | Open to Protégé & Graduate Program).
– Connect dengan HR / recruiter dari Sime Darby, TNB, Petronas (jangan spam, cuma introduce diri elok‑elok).
– Join career fair universiti, kadang‑kadang diorang buka booth khas untuk Protege.
Jadi walaupun pointer 3.0 ke bawah, jangan terus give up. Kalau korang pandai planning – guna LinkedIn, apply Sime Darby Protege, mohon program Khazanah, TNB, Petronas, tambah cert dari Teraju – within 1 tahun korang dah boleh ada 8 bulan experience GLC + cert yang boleh bantu aim gaji RM3k–RM7k. Yang penting, start awal dan jangan malu cuba banyak kali.
acca susah 😔