2 Tahun Tak Dapat Kerja....

Lepas habis degree dulu, saya ambil masa hampir 2 tahun menganggur sebelum dapat kerja tetap. Masa tu memang struggle cari kerja, apply banyak tapi tak dapat. Ada jugak buat freelance sikit-sikit, tolong business kawan, tapi bukan kerja tetap la.

Sekarang alhamdulillah aku baru dapat kerja tetap. Tapi bila orang tahu, ada je yang mula bising:

“Kenapa lama sangat gap? Buat apa 2 tahun tu?”

"Patutnya terus kerja je, rugi masa.”

“Orang lain dah naik pangkat, kau baru nak start.”

Kadang rasa down jugak bila kena tanya macam tu. Kita sendiri pun bukan tak cuba, cuma rezeki lambat masuk. Sekarang bila dah kerja pun, masih rasa macam “malu” sebab kena compare dengan orang lain yang dah establish. 🥹

#MaluKe #CareerJourney #CareerTips #careerdevelopment #kerja

2025/9/15 Diedit kepada

... Baca lagiMenganggur selepas tamat pengajian memang boleh buat kita rasa tertekan dan kecewa. Ramai orang tak faham betapa payahnya nak cari kerja, lebih-lebih lagi bila rezeki lambat masuk seperti saya yang mengambil masa hampir 2 tahun sebelum dapat kerja tetap. Pada masa itu, saya cuba untuk buat freelance dan tolong kawan buat bisnes sebagai satu cara untuk tidak terus menganggur sepenuhnya. Saya juga faham bagaimana perasaan malu dan 'down' bila orang sekeliling mula membandingkan kita dengan mereka yang dah stabil kerja dan naik pangkat. Tapi saya percaya setiap orang ada perjalanan dan masa masing-masing. Apa yang penting adalah terus cuba dan jangan mudah putus asa. Saya juga ingin ingatkan bahawa keadaan tempat kerja sangat mempengaruhi kesihatan mental, jadi penting untuk kita berada di persekitaran kerja yang sihat dan positif. Kalau terpaksa bekerja di tempat yang toksik, cari cara untuk kekal kuat dan selalu ingat matlamat kita. Sebagai seorang yang pernah menganggur lama, saya galakkan anda untuk manfaatkan masa tersebut dengan belajar kemahiran baru, networking dan menjaga diri. Percayalah, rezeki itu ada untuk mereka yang sabar dan berusaha. Jangan patah semangat kerana pengalaman saya membuktikan bahawa tempoh menganggur tidak bermaksud gagal, tapi satu proses untuk kita lebih bersedia menghadapi dunia kerjaya.

Cari ·
part time job from home

9 komen

Imej Cute Onigiri (XJ9)
Cute Onigiri (XJ9)

xphm lh org camtu. kata kat org pandai. pastu klu org lebih skit dengki pulak. itulh manusia. biar lh kita dikata drp jadi mcm depa, kena sedekah pahala jariah

Imej Ustaz Noor
Ustaz Noor

SAMA dgn saya dulu lps graduate, TERUS mencari job, 2 Tahun juga baru IV tu Lulus, tp dpt kontrak. dgn KERJa betul2 dgn HARAPAN gaji naik.tp x naik2 last2 kontrak tamat

Lihat lebih banyak komen