Ramai orang selalu kata mereka miskin sebab gaji kecil, sebab kerajaan, sebab nasib. Tapi kalau kita jujur, banyak kali punca sebenar adalah cara kita fikir. Duit masuk sikit-sikit terus hilang sebab nak nampak bergaya. Peluang depan mata ditolak sebab takut rugi. Hidup susah, tapi masih sanggup berhutang untuk benda yang tak tambah nilai.
Kalau mindset tak berubah, walau dapat duit berjuta pun tetap habis. Yang beza orang kaya dengan orang miskin bukan pada duit semata-mata, tapi cara mereka guna otak bila duit datang.
... Baca lagiBila orang cakap pasal orang miskin di Malaysia, ramai terus kaitkan dengan gaji rendah dan kos sara hidup yang makin naik. Tapi lepas saya perasan balik perjalanan kewangan sendiri, banyak benda sebenarnya datang dari "mental miskin" – cara kita fikir pasal duit.
Contohnya, sikap asyik salahkan keadaan. Setiap kali hujung bulan sesak, saya akan salahkan harga barang, kerajaan, majikan. Tapi bila tengok balik akaun bank, rupanya banyak duit habis untuk benda nak cepat senang: online shopping, food delivery, barang viral yang sebenarnya tak perlu pun. Bila ada duit lebih sikit, bukannya guna untuk bayar hutang atau simpan, tapi rasa "aku layak reward diri" dan boros lagi.
"Mindset orang miskin" ni juga buat kita kejar status dari nilai. Saya sendiri pernah sanggup berhutang untuk telefon baru, kasut berjenama, makan tempat fancy, semata-mata nak nampak bergaya. Padahal ilmu kewangan kosong, tabung kecemasan tak ada, aset langsung tak kumpul. Lama-lama rasa penat sebab hidup nampak mewah di luar, tapi dalam dompet kosong.
Satu lagi perangkap ialah takut cuba benda baru. Bila kawan ajak join kelas bisnes, belajar kemahiran baru, atau cuba pelaburan yang sah, saya cepat sangat jawab, "Takut rugi, tak yakin". Sedangkan setiap hari saya dah "rugi" bila duit keluar tanpa arah. Mindset takut cuba benda baru ni pelan-pelan halang kita keluar dari circle susah yang sama.
Lepas baca dan tengok banyak contoh orang berjaya, saya mula sedar beza mereka bukan semata-mata gaji. Ramai orang kaya pun bermula biasa-biasa, tapi mereka lawan mental miskin: kurang menyalahkan nasib, lebih suka cari ilmu, berani cuba peluang baru, dan sentiasa tanya, "Duit ni tambah nilai hidup aku atau cuma bagi aku nampak kaya?".
Sekarang, setiap kali pegang wang Ringgit Malaysia, saya cuba tanya diri: adakah saya gunakan untuk nak cepat senang atau untuk senang lama? Kalau beli sesuatu, saya tengok dari sudut nilai – adakah ia ilmu, aset, atau sekadar status? Pelan-pelan, bila mindset berubah, pattern belanja pun berubah. Mungkin gaji masih sama, tapi rasa sesak tak seteruk dulu.
Kalau anda rasa diri termasuk dalam kategori orang miskin di Malaysia, cuba cek dulu mental miskin dalam diri: asyik salahkan keadaan, takut cuba benda baru, kejar status dari nilai, dan suka nak cepat senang. Bila berani jujur dengan diri sendiri, barulah kita boleh ubah cara fikir dan perlahan-lahan ubah hidup, walau bermula dengan jumlah duit yang kecil.
hal paling aq menyesal dulu asyik enjoy setiap gaji healing konon... klau lah dulu aq fokus beli barang kemas (emas) mngkin skrng aq tak rasa yang aku rasa skrng🥺 skrng emas makin mahal 😭
❤️ok saya jawap kalau ku miskin mati tidak bawa duit masuk kubur awok kaya duit masuk kubur ke ni yg kaya tu dari allah kalau allah tak bagi kpd kaya tak akan kaya semua gerak geri allah sahabat mana mu dg allah aku hidup bersyukur kerana allah aku tidak sombong kerana allah bagi panjang hanya sekejap sebab tu ku suka selekoh walau ku miskin tidak seperti mu orang kaya sombong banyak orang kaya bila mati dia mitak dg allah hidup kan aku semula aku nak selekoh allah hanya bagi satu x je hidup ni di atas dunia siapa yg lalai di dunia akan rugi bila mati tak tahu entah besuk entah lusa kalau mahu masuk surga allah selekoh lah banyak sebab kita mati kita sudah ada saham dg allah kita tidak rugi karat kelak ok paham hanya sekejap allah bagi allah tiupan letak kekayaan mu itu hanya sekejap je aku kalau nak kaya lebih PD mu ni allah bagi Napoli mas sebelah butir bukit mas sahaja ok tapi ku tidak ambil kaya hanya sekejap sahaja ok terima kasih
hal paling aq menyesal dulu asyik enjoy setiap gaji healing konon... klau lah dulu aq fokus beli barang kemas (emas) mngkin skrng aq tak rasa yang aku rasa skrng🥺 skrng emas makin mahal 😭