Cara Buat Email Yang Betul 🗝️📤
Korang tahu tak, nak tulis email kerja pun ada caranya? 🤔 Bukan setakat taip “Hai” lepas tu terus cakap apa nak cakap. Cara kita tulis e-mel boleh tunjuk tahap profesional kita, walaupun nada dia santai!
Email yang kemas, tersusun dan senang faham buat orang lagi mudah nak respon. Tak perlu ayat bombastik pun, cukup kalau mesej kita jelas, sopan, dan terus ke point.
Simple je sebenarnya, tapi impak dia besar. Kadang-kadang beza antara “ignored” dan “replied fast” tu datang dari cara kita tulis e-mel 😅
#emailetiquette #CareerTips #CareerJourney #careerhacks #kerja
Selain daripada panduan asas dalam artikel, satu perkara penting yang saya perhatikan ialah penentuan tujuan email sebelum mula menaip. Contohnya, jika nak hantar dokumen, subjek email harus dinyatakan dengan jelas seperti “Hantar Dokumen Permohonan”. Kemudian, susunan email perlu ikut format teratur. Mulakan dengan sapaan ringkas seperti "Hi [nama penerima]", kemudian terus ke isi utama. Jika ada beberapa perkara, guna bullet point supaya mudah dibaca. Bahasa yang digunakan juga harus mudah dan jelas tetapi tetap profesional. Elakkan terlalu formal sampai nampak kaku, serta jangan terlalu santai sehingga menjejaskan imej anda. Contohnya, ayat “Boleh tolong semak dokumen ini bila ada masa?” sudah cukup friendly dan sopan. Sebelum tekan hantar, saya selalu semak semula email itu. Pastikan tiada kesilapan ejaan atau fakta, tetapkan penerima yang betul (To, Cc, Bcc) supaya email sampai kepada orang yang berkaitan sahaja. Jangan lupa sertakan lampiran jika perlu dengan ayat seperti "Please find attached" pada badan email. Pengalaman saya, macam mana kita tulis email boleh beri kesan besar terhadap hubungan kerja. Email yang kemas menunjukkan kita hargai masa penerima dan mudah untuk mereka membalas segera. Jadi, luangkan sedikit masa untuk edit sebelum hantar email kerja anda agar nampak lebih profesional dan mesra.





