Tips Cari Kerja Untuk Begginer ✍🏻
Kalau awak lagi muda dan takde qualification tinggi lagi, lagi senang kena tipu. Jadi buat la research awal awal dan check apa yang perlu. Jgn burnout je nnt dgn gaji yang tak berpatutan 😭
#AkuPunPernah #CareerTips #CareerJourney #careerdevelopment #careerguide
Masa first time cari kerja sambilan, jujur saya pun blur nak start dari mana. Ramai anggap kerja part-time ni senang je, tapi kalau silap pilih, boleh jadi penat, gaji tak berbaloi dan lagi teruk, kena tipu. So saya share step yang saya guna sendiri bila cari kerja sambilan, especially untuk yang masih belajar atau baru habis sekolah. 1. Fikir dulu tujuan kerja sambilan Tanya diri sendiri: nak kerja sambilan sebab nak duit belanja, nak kumpul pengalaman, atau nak cuba bidang tertentu? Contohnya kalau minat F&B, boleh try kerja di kafe macam ZUS Coffee, restoran, bubble tea. Kalau tak suka berdiri lama atau layan customer, mungkin lebih sesuai jadi admin di pejabat atau pembantu stor. 2. Contoh kerja sambilan popular Antara contoh kerja sambilan yang ramai student buat: - F&B: barista, waiter, crew restoran fast food - Runcit: cashier, sales assistant di kedai serbaneka atau pasar raya - Promoter: jaga booth, promote produk di mall - Admin: data entry, receptionist, kerani pejabat Setiap kerja sambilan ni ada vibe berbeza. F&B biasanya penat sebab berdiri dan kena laju, tapi seronok kalau suka suasana busy. Admin lebih chill tapi kena teliti dan sopan bila berurusan dengan orang. 3. Semak syarat dan waktu kerja betul-betul Sebelum setuju, minta majikan explain: - Waktu kerja: shift pagi/petang/malam, boleh adjust dengan jadual kelas atau tak - Gaji: dibayar hari-hari, mingguan atau bulanan; ada OT atau elaun tak - Cuti: boleh tukar shift dengan orang lain ke tak, ada cuti bila exam atau event penting - Kontrak: kerja sambilan sementara atau ada ikatan tertentu. Jangan segan tanya; ini hak anda. 4. Sediakan resume ringkas Kerja sambilan pun sekarang ramai minta resume atau biodata ringkas. Tak perlu fancy, cukup ada: - Maklumat diri (nama, nombor telefon, email) - Pendidikan (sekolah, universiti, kursus) - Pengalaman kerja (kalau pernah jadi crew, volunteer, join event) - Kemahiran (boleh handle cash, pandai guna komputer, fasih BM/BI) Resume ringkas tunjuk anda serious dan ada sikap positif, bukan sekadar nak cuba-cuba. 5. Check majikan dan tempat kerja Sebelum pergi interview atau terima offer: - Google nama kedai/kompani, baca review pelanggan dan pekerja - Check di media sosial, tengok suasana tempat kerja - Kalau kedai macam kafe, tengok sendiri keadaan persekitaran, cara mereka layan staff Kalau rasa tak selesa, majikan kasar atau syarat pelik, berhak untuk tolak. Kerja sambilan sepatutnya bagi pengalaman baik, bukan trauma. 6. Jaga diri, jangan mudah burn out Kerja sambilan memang penat, tapi jangan sampai kacau kesihatan dan pelajaran. Try limit shift, rehat cukup, dan jangan takut untuk cakap bila rasa overworked. Gaji patut seimbang dengan kerja yang kita buat. Harap sharing ni bantu sesiapa yang first time cari kerja sambilan. Kalau ada contoh kerja sambilan lain yang best atau pengalaman sendiri yang unik, boleh share supaya orang lain pun boleh pilih kerja yang sesuai dengan minat dan kemahiran masing-masing.





Also note yang kalau nak kerja fnb, lagi2 kalau yg banyak customer foreigner wajib ada suntikan typhoid and kalau blh ada food handling cert supaya kalau ada org check tak kena saman