NASI LEMAK ANTI GAGAL!

Heyo-heyo lemoners 🍋

Hari ni belajar letak nasi lemak dengan Mak..

Aku buat ja mesti fail 😂🤣 kali ni kompem

tak gagal dah! Sambal pandai ja masak haha selalu adik2 request,tak nasi aishhhh fail ja selalu 😞Ingat lagi masa preggy hari2 makan nasi lemak tu ja yang boleh hadap 😘 sekarang anak i dendut 😜

📝 Bahan-bahan:

• 2 cawan beras (basuh bersih)

• 2 cawan santan

• 1 cawan air

• 1 batang serai (dititik)

• 2–3 helai daun pandan (disimpul)

• 1 inci halia (optional)

• 1 sudu kecil garam

👩🏻‍🍳 Cara-cara:

1️⃣ Masukkan beras dalam periuk.

2️⃣ Tuang santan + air.

3️⃣ Letak serai, daun pandan & halia.

4️⃣ Masukkan garam dan kacau rata.

5️⃣ Masak macam biasa sampai nasi masak & kembang.

6️⃣ Kacau perlahan supaya nasi tak hancur.

💡 Tip: Kalau nak lagi wangi, boleh tambah sedikit minyak masak atau bawang merah hiris masa masak.

🌶 Sambal Nasi Lemak Ringkas

Bahan:

• 1 biji bawang besar

• 2 ulas bawang putih

• 1 genggam cili kering (kisar)

• 1 sudu kecil belacan

• 1 sudu besar gula

• Garam secukup rasa

• Asam jawa

• Ikan bilis

Cara:

Tumis bahan kisar → Masukkan cili → Masak sampai pecah minyak → Letak gula, garam & asam jawa → Masuk ikan bilis goreng.

🍳 Pelengkap:

• Telur rebus

• Timun

• Kacang tanah goreng

• Ikan bilis goreng

Siapa team tambah sambal banyak?

#RamadanBermakna

#AnonymousStory

#Lemon8Tutorial

#TipsDapur

#puasa

200226(Jumaat) Dearilla❤️

2/20 Diedit kepada

... Baca lagiNasi lemak memang makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia, dan memasaknya dengan sempurna bukanlah perkara yang sukar jika ikut langkah dengan teliti. Pengalaman saya memasak nasi lemak, terutama semasa berpuasa, menunjukkan bahawa penggunaan bahan seperti serai, daun pandan dan halia bukan sahaja memberi aroma yang harum tetapi juga menambah rasa pada nasi. Saya juga dapati menambah sedikit minyak masak atau bawang merah yang dihiris ketika memasak nasi boleh membawa rasa yang lebih kaya. Sambal pula menjadi nadi utama nasi lemak. Menggunakan cili kering kisar serta belacan memberikan rasa pedas yang menyengat dan aroma yang menggugah selera. Jangan lupa tekanan pada gula dan asam jawa untuk keseimbangan rasa manis, masam dan pedas. Ikan bilis goreng sebagai pelengkap memberikan tekstur rangup yang kontras dengan kelembutan nasi dan sambal. Dari pengalaman sendiri, memasak nasi lemak semasa waktu berpuasa memberi kepuasan tersendiri kerana dapat menyediakan makanan tradisional yang menyelerakan untuk bersahur atau berbuka. Mencuba resipi dari ibu atau keluarga juga membantu memperbaiki teknik memasak sambal supaya tidak mudah gagal atau terlebih masak. Selain itu, bagi yang baru belajar memasak nasi lemak, penting untuk sentiasa mencuba, belajar dari kesilapan serta menyesuaikan rasa mengikut selera keluarga. Menghidangkan nasi lemak dengan pelengkap seperti telur rebus, timun dan kacang tanah goreng akan menjadikan hidangan lebih lengkap dan memuaskan. Semoga perkongsian ini membantu pembaca rasa lebih yakin untuk cuba sendiri resipi nasi lemak anti gagal di rumah!

3 komen

Imej EykaCharms17
EykaCharms17

saya 🙋

Lihat lagi(2)

Siaran berkaitan

Gambar ini menunjukkan resepi lengkap Nasi Lemak Klasik. Ia menyenaraikan bahan-bahan untuk nasi dan sambal, serta langkah-langkah penyediaan. Hidangan nasi lemak yang siap dihidang dengan sambal, telur, kacang, dan ikan bilis turut dipaparkan.
Resepi nasi lemak klasik
Puan rynna

Puan rynna

65 suka

NASI LEMAK SAMBAL SOTONG
🍚 Nasi Bahan-bahan : 🌾3 cawan basmati (rendam selama 30mins & toskan) 🌾1/2 biji bawang besar 🌾2 inci halia 🌾2 helai daun pandan 🌾2sk garam 🌾1 1/2 cawan santan pekat 🌾3 cawan air Cara-cara: 📍Satukan semua bahan. 📍Masak nasi seperti biasa. 🌶 Sambal Bahan-bahan : ✨Sotong ✨1sb
Didapuryana

Didapuryana

244 suka

SAMBAL NASI LEMAK MUDAH DAN SESUAI UNTUK BERNIAGA
#sambalnasilemak #resepi #sambal ikan bilis kering #reseplemon8 #sambalnasilemaksedap
FAREZ OTHMAN

FAREZ OTHMAN

157 suka

TIPS : Sambal Nasi Lemak
Sambal Nasi Lemak letak santan sikit dan tumis hingga terbit minyak. Selalu tambah air supaya cili tak pahit dan masak hingga hilang bau maung cili dan warna sambal menjadi lebih pekat. Lagi satu, kekadang saya letak sikit gula batu untuk sambal elok pekat dan berkilat. Moh le buat! . ▪️Bahan-b
AdikFoodS

AdikFoodS

5205 suka

RESEPI SAMBAL NASI LEMAK
Menu Nasi Lemak untuk 5 Ramadan 🍛 Bila ayam dah jemu, kita ganti ikan rebus goreng. Resepi sambal kat bawah ye 🫠 Bahan-bahan: 🌷Bawang merah 🌷Bawang putih 🌷Ikan bilis 🌷Crispy Prawn Chilli (pengganti belacan) 🌷Cili kisar 🌷Nisan 🌷Asam keping 🌷Daun pandan 🌷Garam & ajinomoto Cara-cara
HDK

HDK

284 suka

Nasi Lemak Utaqa Sambal Sotong Kering ✨
#nasilemakkuning #Nasiminyak #nasilemakutara #sambalsotongkering #ayukitchen
Ayu Kitchen

Ayu Kitchen

168 suka

Resipi Nasi Lemak Sotong Selambak Che Sayang
Episod 825 | Resipi Nasi Lemak Sotong Selambak | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Bahan-bahan: Sambal - 2 genggam cili kering - 2 inci halia - 4 ulas bawang putih - 2 biji bawang besar rumah - 2 inci belacan - 2 inci gula merah / gula pasir - 1 sudu kecil asam jawa - Garam &
Che Sayang

Che Sayang

541 suka

Hidangan Nasi Lemak Simple yang lengkap, terdiri daripada nasi lemak, sambal tumis, hirisan timun, telur rebus, dan ikan bilis goreng, disajikan di atas tikar anyaman.
Nasi Lemak Simple 😋
Resepi Nasi Lemak 📌 Beras (sukat 1cwn beras utk 2orang) 📌 Air (sy sukat 2cwn air) 📌hirisan bawang merah dan halia 📌 1 batang serai (ketuk) 📌garam & Gula secukup rasa 📌 1 sudu minyak masak 📌setengah kotak santan 📌 daun pandan (rumah sy takde daun pandan) ~cara-caranya~ Basuh beras seperti
Mibimom

Mibimom

205 suka

Gambar menunjukkan sambal nasi lemak berwarna merah gelap dengan tekstur pekat, dihidangkan dalam mangkuk berwarna hijau muda.
SAMBAL NASI LEMAK
SAMBAL NASI LEMAK Bahan-Bahan: 10 biji bawang merah 3-4 biji bawang putih segenggam ikan bilis 15 tangkai cili kering gula melaka asam gelugur ikan bilis garam Cara Penyediaan: Kisar bawang merah dan bawang putih. Semasa kisar, masukkan sekali segenggam ikan bilis. Blend kasar-ka
things.to.remember

things.to.remember

166 suka

Cara Masak Nasi Lemak Kukus
Sempena Malaysia Day, Nurul nak share 1 resepi makanan yg amat terkenal di Malaysia, Nasi Lemak 🥰 Kali ni Nurul menggunakan Beras Wangi. Hasil nasi lemak sangat wangi dan gebu tau. Ramai takut utk masak beras wangi kan, nanti terlembik. 📌 Tips masak guna beras wangi ;- Ratio 1:1 🍚 1 cawan b
Nurul Razali

Nurul Razali

198 suka

Mini Cup Nasi Lemak
Eda Sha

Eda Sha

35 suka

Lihat lagi