5 sebab rugi gila skip Sunscreen!

Heyo-heyo Lemoners🍋

Ngaku je. Siapa kat sini habis beratus beli serum viral, retinol, essence 10 layer...

Tapi sunscreen RM30 pun berkira? 😤

Sis, tu namanya bocor di hujung. Kau penat-penat tampal kolagen malam-malam, siang hari kau bagi matahari robohkan balik.

Sebab tu la:

❌ Parut tak pudar-pudar

❌ Jeragat makin banyak

❌ Muka kusam walau pakai 10 step

Rule dia senang weh..Takde bajet? Beli sunscreen dulu. Ada bajet? Beli sunscreen mahal dulu. Serum semua tu nombor 2.

Aku dah kena. Korang jangan ulang silap aku. Jom aku spill kenapa rugi Kau skip sunscreen!

1. Matahari ‘Makan’ Duit Skincare Kau

Kau pakai retinol/vitamin C nak bina kolagen & cerahkan kulit. Tapi UV datang musnahkan kolagen tu hari-hari. Ibarat kau tengah simpan duit, orang lain curi dari belakang. Penat je😭

2. Parut Jerawat Jadi ‘Kekal’

Parut hitam = PIH. Kalau kena matahari tanpa SPF, dia jadi makin gelap & degil. Ada yang 2 tahun tak hilang. Pakai sunscreen boleh pudar 3x lagi cepat. Tak payah beli serum parut mahal-mahal.

3. Kulit Tua Sebelum UmurUVA ada hari-hari walaupun duduk dalam rumah. Dia tembus tingkap & awan. Ni punca utama kedut, garis halus, kulit kendur. Sebab tu orang umur 25 dah nampak 35. Sunscreen = anti-aging paling murah.

4. Ton Kulit Jadi Belang & Kusam*

Sebab utama jeragat & tona tak sekata = UV. Kau pakai brightening serum tapi tak block puncanya. Sampai bila-bila la muka kusam. SPF tu la ‘stop’ button untuk jeragat baru.

5. Risiko Rosacea & Kemerahan Makin Teruk

Kulit sensitif/kemerahan? Panas & UV ialah trigger no.1. Skincare untuk redness takkan jalan kalau muka kena ‘bakar’ setiap hari. SPF dulu baru kulit boleh tenang & repair.

Rupanya silap aku = skip sunscreen sebab “malas”, “melekit”, “duduk rumah je”.

Lepas konsisten SPF 2 jari setiap pagi, baru nampak beza:

✅ Parut cepat pudar

✅ Muka tak kusam dah

✅ Skincare lain baru jadi

So kalau bajet ciput, beli sunscreen dulu. Serum mahal kemudian. Setuju?

#JujurDiLemon8

#TakRamaiTahu

#UnboxingLuck

#BeautyTips

#GirlsTalk

180426(Sabtu) Dearilla❤️

4/18 Diedit kepada

... Baca lagiPengalaman saya sendiri dengan sunscreen menunjukkan betapa pentingnya langkah ini dalam rutin harian penjagaan kulit. Saya dulu juga ada masalah harga sunscreen yang mahal dan rasa ia melekit, buat malas untuk pakai, terutama bila hanya duduk di rumah saja. Tapi selepas mula faham bahawa sinaran UVA dari matahari masih boleh menembusi tingkap dan menyebabkan penuaan kulit, saya mula konsisten memakai sunscreen setiap pagi. Tidak lama kemudian, saya nampak perubahan positif, seperti parut jerawat lebih cepat pudar dan tona kulit menjadi lebih sekata. Saya cuba pelbagai produk skincare mahal sebelum ini, tapi tanpa perlindungan solar yang cukup, kesan mereka tidak begitu ketara. Sunscreen seperti yang disenaraikan dalam artikel, contohnya FACERINNA Dermatologist Care Niacinamide Brightening Serum yang mengandungi SPF, sangat membantu saya mengatasi masalah muka kusam dan jeragat. Walaupun jenis sunscreen yang saya guna agak berbeza dari segi harga, saya pastikan ia bebas alkohol, tidak berbau kuat dan tidak melekit agar selesa untuk dipakai setiap hari. Sunscreen juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif dan kemerahan kerana UV adalah pemicu utama. Selain itu, pakar dermatologi juga menasihati supaya memakai cukup sebanyak dua jari sunscreen setiap kali pemakaian untuk perlindungan maksimum. Ia bukan sahaja menggantikan kerja serum-vitamin mahal yang anda pakai, malah adalah langkah asas untuk mencegah kulit rosak dari awal. Saya faham ramai yang fikir tak perlu pakai sunscreen jika tidak keluar rumah, tetapi sinaran UV mampu menembusi cahaya dan terus merosakkan struktur kolagen di kulit. Jadi, pakai sunscreen setiap hari adalah langkah terbaik untuk melambatkan tanda-tanda penuaan dan mengekalkan kulit yang sihat dan muda. Jangan tunggu luka atau jeragat semakin parah baru rasa menyesal, bermula sekarang jaga kulit dengan cara yang betul!

Cari ·
sunscreen facerina

21 komen

Imej AZLINAH Naser🕊️
AZLINAH Naser🕊️

benda wajib tak boleh skip ni🥰

Lihat lagi(1)
Imej @ZaMiela69
@ZaMiela69

tmpg tya beli dkt mn yea..🤩🤩🤩

Lihat lagi(5)

Lihat lebih banyak komen