🌿 Ciri-ciri Cotton Organic Natural
1. 100% Pure Cotton
– Benang dia diperbuat daripada kapas asli tanpa campuran polyester.
– Sebab tu kain ni tak cair bila bakar, tapi jadi abu halus.
2. Organic & Natural
– Kapas ditanam tanpa bahan kimia berat / racun perosak.
– Lebih mesra alam & selamat untuk kulit sensitif (tak gatal, tak panas).
3. Rasa & Tekstur
– Pegang lembut, breathable, ada rasa sejuk walaupun tidur tanpa aircond.
– Kain lebih “natural drape” – jatuh elok bila bentang atas katil.
4. Ketahanan
– Pure cotton lebih kuat & tahan lama.
– Kalau jaga betul, cadar boleh bertahan bertahun-tahun tanpa jadi kasar.
5. Keselesaan
– Menyerap peluh dengan baik → tidur lebih selesa.
– Tak melekat di kulit, sesuai dengan cuaca panas & lembap macam Malaysia.
Bagi yang ingin tahu apa sebenarnya kapas diperbuat daripada, kapas organik adalah serat semulajadi yang berasal dari biji tanaman kapas yang ditanam tanpa penggunaan racun perosak atau bahan kimia berbahaya. Ini bukan saja memastikan kain yang dihasilkan lebih mesra alam, malah selamat dan lembut pada kulit. Melalui pemerhatian saya, kapas organik sangat tahan lama dan teksturnya tetap lembut walaupun selepas kerap dibasuh. Ia juga mempunyai kelebihan menyerap peluh dengan baik, sekali gus menjadikan tidur lebih nyenyak terutama pada waktu cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia. Satu cara mudah untuk kenal kapas asli ialah dengan ujian bakar. Kapas tulen tidak mencair seperti polyester, sebaliknya ia akan menjadi abu halus. Ini menguatkan lagi keyakinan saya bahawa cadar yang digunakan benar-benar diperbuat daripada kapas naturall dan organik. Jika anda mencari cadar yang berkualiti tinggi, tahan lama dan selesa dipakai setiap malam, saya sangat syorkan menggunakan kapas organik. Selain membantu anda mendapat tidur yang lebih berkualiti, ia juga menyokong gaya hidup sihat dan pelestarian alam sekitar.






































