Maruku Rangup
Maruku Rangup
Nak maruku lebih rangup dan tak keras, kena jaga sukatan air dan api masa goreng.
Bahan-bahan:
1 bungkus tepung maruku
1 bungkus tepung pulut (untuk lebih rangup)
Guna sudu makan untuk sukatan bawah:
1 sudu serbuk kari daging
1 sudu serbuk cili
1 sudu jintan manis
2 sudu marjerin atau 1 sudu minyak sapi
1 sudu udang kering (dikisar halus, jangan kasar nanti tersekat pada acuan)
Garam halus secukup rasa
Daun kari secukupnya
Bahan santan:
1 kotak santan 200ml
6 ulas bawang putih (dikisar bersama santan)
Air suam (guna kotak santan sebagai sukatan)
Nota: 1 kotak santan ini cukup untuk 2 adunan.
---
Cara Penyediaan:
1. Gaulkan semua bahan kering terlebih dahulu.
2. Masukkan marjerin atau minyak sapi, ramas hingga sebati.
3. Masukkan 1 kotak santan yang telah dikisar bersama bawang putih.
4. Tambah 3 kotak air masak sedikit demi sedikit sambil uli. Biasanya guna lebih kurang 3 1/3 kotak air. Jangan tuang sekaligus, masukkan sikit-sikit supaya adunan tak lembik.
5. Uli hingga doh tak melekat di tangan dan mudah ditekan pada acuan. Jangan terlalu lembik, nanti maruku tak rangup.
6. Tekan adunan membentuk lingkaran atas kertas minyak.
7. Goreng dengan api sederhana. Balik-balikkan supaya masak sekata.
8. Jangan guna api terlalu perlahan atau terlalu kuat, nanti hasil tak rangup.
9. Masukkan daun kari ke dalam minyak semasa menggoreng untuk aroma lebih wangi.
Siap. Biarkan sejuk sebelum simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.












































