Dont Waste time for Perfect Thesis
Bila orang cakap “mahasiswa harus aktif mencari penyelesaian sendiri sebelum meminta bantuan dari orang lain”, saya secara peribadi setuju – tapi dengan beberapa syarat penting. Dalam proses siapkan thesis, kita tak boleh harap pensyarah atau consultant selesaikan semua untuk kita, tapi pada masa sama kita juga tak patut seksa diri dengan jadi perfectionist yang ekstrem. Pengalaman saya sendiri, masa buat tesis dulu saya terlalu takut buat silap. Setiap ayat saya ulang baca, edit, tukar istilah, sampai satu tahap saya tak bergerak langsung. Itu sebenarnya macam "perfectionist syndrome" – rasa semua benda kena 100% sempurna sebelum boleh move on. Akhirnya, masa habis banyak, progress sangkut, dan stress jadi sangat tinggi. Apa yang saya belajar: aktif mencari penyelesaian sendiri bermaksud kita cuba dulu. Contohnya, sebelum tanya supervisor, saya akan baca artikel jurnal, cari bahan di perpustakaan atau Google Scholar, dan cuba rangka jawapan sendiri. Bila dah cuba, barulah saya bawa idea tu kepada supervisor untuk minta pandangan. Cara ini bukan saja buat kita lebih yakin, tapi juga tunjukkan yang kita serius dan bersungguh. Dalam bab teknologi dan AI tools pula, saya memang pilih untuk tulis dan publish tanpa bergantung sepenuhnya pada AI. Bukannya sebab AI langsung tak bagus, tapi saya tak mahu hilang identiti penulisan sendiri. Kadang‑kadang kita sangka guna AI sampai perfect itu membantu, tapi sebenarnya ia boleh jadi satu bentuk "self‑abuse" – kita asyik rasa tulisan sendiri tak cukup bagus kalau tak digilap oleh mesin. Yang penting, jangan takut buat draf yang tidak sempurna. Tesis yang siap dan boleh disubmit jauh lebih bernilai daripada tesis yang kononnya nak digilap sampai flawless tapi tak pernah siap. Saya sendiri pernah rasa lega bila akhirnya tekan butang "submission" walaupun tahu ada ruang penambahbaikan. Sebenarnya, proses belajar itu berterusan selepas kita submit. Jadi, pada saya jawapan kepada pernyataan tadi: betul, mahasiswa memang perlu aktif cari jalan sendiri dulu. Namun, bila dah cuba dan buntu, jangan segan minta bantuan – sama ada dari supervisor, rakan sekuliah atau consultancy yang boleh beri panduan. Keseimbangan antara usaha sendiri dan bimbingan luar inilah yang akan membantu kita keluar daripada perangkap perfectionist dan siapkan thesis dengan lebih waras, tanpa menyiksa diri sendiri.
