Guna 10 tips ni cara mendidik anak.

CARA MENDIDIK ANAK KENA GUNA 10 TIPS INI, BARU ANAK GEMBIRA

Menggalas tugas sebagai ibu bapa bukanlah satu perkara mudah walaupun hakikatnya ada sesetengah orang beranggapan itu merupakan satu tugas yang senang. Berbicara mengenai tanggungjawab, ibu bapa perlu memastikan anak diberikan didikan betul namun, pada zaman serba moden ini, agak sedikit sukar kerana pelbagai cabaran perlu ditempuhi.Tak perlu jadi ibu bapa garang sering memarahi anak, cukuplah jadi ibu bapa cool yang memahami anak supaya mereka tidak tertekan. Berikut 10 cara mendidik anak anda boleh praktikkan. Hati anak gembira barulah mudah untuk ‘ditawan'.

cara mendidik anak

Menggalas tugas sebagai ibu bapa bukanlah satu perkara mudah walaupun hakikatnya ada sesetengah orang beranggapan itu merupakan satu tugas yang senang. Berbicara mengenai tanggungjawab, ibu bapa perlu memastikan anak diberikan didikan betul namun, pada zaman serba moden ini, agak sedikit sukar kerana pelbagai cabaran perlu ditempuhi.

Tak perlu jadi ibu bapa garang sering memarahi anak, cukuplah jadi ibu bapa cool yang memahami anak supaya mereka tidak tertekan. Berikut 10 cara mendidik anak anda boleh praktikkan. Hati anak gembira barulah mudah untuk ‘ditawan’.

1. Jangan jadi perfectionist

Anak-anak ini dah perfect. Allah dah jadikan mereka perfect seperfectnya. Cuma kita yang kurang perfect. Kita selalu marah atas kesilapan yang tak sengaja mereka buat sedangkan itu bukan kesilapan mereka, tapi sebenarnya itu kesilapan kita yang tak sabar dan tak memahami proses tumbesaran kanak-kanak.

2. Rendahkan expectation.

Anak lemah membaca geram, anak lambat mengaji marah, anak tak hafal sifir baran. Macam mana nak jadi doktor kalau belajar tak pandai. Hah, ini la punca kita jadi tak cool. Expectation tinggi sangat. Cuba rendahkan, comfirm cool je. Anak tengok pun sejuk mata memandang.

3. Jangan fokus pada result.

Sentiasa fokus pada usaha bukan result. Anak-anak ini serba serbi lemah, dia masih bertatih lagi. Lagi kita fokus pada result, lagi tertekan la kita jadinya. Fokus pada usaha, insyaAllah anak pun membesar dengan sihat dan kuat. Kita pun jadi kurang marah marah.

4. Berhenti shiny parenting.

Shiny parenting syndrome ini adalah parenting yang jenis suka mengikut orang lain. Bila ada trend didik anak begini dia ikut cara tu, bila ada orang share tips didik anak begitu terus dia follow. Kita letih cuba cuba, anak pun letih cuba hadam bolak baliknya hati kita.

5.Berhenti comparing.

Setiap anak ini unik dan istimewa dengan cara tersendiri. Buat la macam mana pun, umur sama, sekolah sama, tarikh lahir sama, jantina sama tetap besarnya anak anak tu akan jadi jauh berbeza. Comparing bukan sahaja akan buat kita makin stres malah anak pun akan jadi makin rendah keyakinan dirinya.

6.Jaga waktu tidur.

Tidur ini keperluan manusia. Kurang tidur badan akan jadi lemah, terlebih tidur pula badan akan jadi lemau. Oleh itu, jaga waktu tidur yang sihat 6-8 jam sahaja sehari.

7.Selalu peluk anak.

Bila peluk dan cium anak bukan sahaja terhasil hormon bonding dan hormon kasih sayang tapi pelukan tu juga ada efek self-healing dan mood booster. Susah sangat nak rasa tenang cuba periksa balik ada tak peluk anak sekurangnya 3 minit sehari?

8. Selalu buat self-care.

Jarang buat self-care maka jarang la kita akan jadi baik. Selalu je rasa stres, depres, lembik dan sakit hati. Itu la masalahnya, besarkan anak anak ni 24 jam penuh dengan ujian, kalau emosi tak kuat memang senang sangat nak trigger nafsu kemarahan.

9. Banyakkan bersyukur.

Self-gratitude ini rahsia orang orang yang tenang dan sabar. Bila kita banyak bersyukur, percayalah benda yang kita rasa tak puas hati tu akan berkurang dengan drastiknya.

10. Berdoa.

Akhir sekali kalau dah cuba macam macam teknik dan petua tetap juga tak sabar dan tenang, berdoa la. Tak ada yang boleh beri rasa sabar melainkan Allah yang maha sabar (Al-Sabur) dan yang maha menenangkan (Al-Mu’min).

Mendidik anak ibarat mencorak warna di atas kain putih. Bagaimana corak yang kita pilih, itulah yang akan jadi.

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

* yang no 2 tu... yess bebel dan marah bila anak tak menumpukan perhatian time kita nak ajar mereka.bukan juga nak mereka terus pandai,masa nak buat mereka ulangkaji tu ada lah masa terhad setelah penat buat rutin seharian.tapi itulah pandai2 kita layan emosi mereka lepas kena bebel tu.puji2 sikit bila dah pandai, tengok mereka suka tau gembira.

#MomenTakTerlupa #CaraAkuSettle #Lemon8MomsClub #AnonymousStory #RelateTak

2025/11/23 Diedit kepada

... Baca lagiMendidik anak merupakan satu perjalanan yang penuh cabaran tetapi juga sangat bermakna. Selain menggunakan tips yang telah dikongsikan dalam artikel utama, penting untuk ibu bapa juga faham bahawa setiap anak adalah unik dengan keperibadian dan keperluan mereka sendiri. Oleh itu, pendekatan mendidik haruslah fleksibel dan bersesuaian dengan karakter anak. Antara perkara yang boleh diamalkan adalah memastikan komunikasi dua hala yang santai dan menghargai anak walaupun pada waktu mereka melakukan kesilapan. Ini kerana pembelajaran anak bukan sahaja dari apa yang diajar, malah melalui contoh dari sikap ibu bapa. Misalnya, mengamalkan kesabaran dan toleransi ketika menghadapi kerenah anak boleh mencontohi mereka untuk berkelakuan sama. Menggunakan aspek "self-care" seperti yang disebut dalam tips adalah sangat penting. Ibu bapa perlu menjaga kesihatan mental dan fizikal sendiri agar sentiasa dapat memberi perhatian dan kasih sayang yang mencukupi kepada anak. Anak yang dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang dan tanpa tekanan yang berlebihan akan lebih mudah berkembang menjadi individu yang positif. Pengurusan waktu tidur juga memberi impak besar kepada perkembangan anak. Waktu tidur yang cukup membantu otak dan badan mereka pulih dan bersedia untuk pembelajaran dan aktiviti keesokan hari. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk mengekalkan persekitaran rumah yang kondusif, tenang dan mesra anak supaya mereka rasa disayangi dan dihargai. Satu lagi aspek yang bernilai adalah menggalakkan anak meluahkan perasaan dan berkomunikasi secara terbuka. Ini membantu mengelakkan tekanan dalam kalangan anak dan menjadikan mereka lebih memahami diri dan emosi sendiri. Pelukan dan ungkapan kasih sayang secara fizikal seperti yang dicadangkan adalah cara mudah tetapi sangat berkesan untuk membina ikatan emosi antara ibu bapa dan anak. Akhir sekali, berdoa juga merupakan sumber kekuatan kepada ibu bapa dan anak-anak. Doa membantu menenangkan jiwa dan memberi kekuatan menghadapi cabaran dalam mendidik anak. Dengan gabungan pendekatan praktikal dan sokongan spiritual, perjalanan mendidik anak boleh menjadi lebih bermakna dan membahagiakan untuk semua pihak. Dengan mengamalkan kesemua tips ini secara konsisten dan penuh kasih sayang, ibu bapa lebih mudah menawan hati anak, menjadikan proses pembesaran mereka gembira dan sihat dari segi emosi dan mental.

5 komen

Imej AfiaAmanda
AfiaAmanda

Tqsm sharing sis kadang kita pun tak terlepas Dr buat salah termarah anak kan..terbebel anak moga kita menjadi parents yang berjaya mendidik anak anak 🥰

Lihat lagi(4)