🌸tiada cuti panjang bulan April.🌸

Dalam media heboh bagitahu tiada cuti panjang bulan April.

Ya. Memang betul.

Tapi kalian nak tahu tak. Bulan April ni bulan paling penting kepada sekolah seluruh Malaysia.

1. Ada ujian penilaian yang orang biasa sebut Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kalau kalian tak tahu, ya, peperiksaan pertengahan tahun akan diadakan pada bulan April ni.

2. Sukan sekolah. Saya yakin, rata-rata sekolah akan mengadakan sukan sekolah pada bulan ini. Waktu petang, memang waktu untuk anak-anak kita berlatih. Bersedialah kalau anak kata kena balik lewat.

3. Sambutan Majlis Hari Raya sekolah. Confirm semua sekolah buat bulan April ni. Kalau bulan Mei, dah habis Raya 🤣🤣🤣

4. Mesyuarat Agung PIBG. Kalau mesyuarat agung tak buat. Yuran PIBG, opsss SUMBANGAN PIBG yang segelintir kecil orang sebut tak wajib bayar tu, tak bolehlah nak kutip.

5. Pertandingan sukan dan ko akademik peringkat daerah dan negeri. Walaupun tak semua, tapi ada sukan yang bermula pada bulan April ni.

6. Bulan April dan Mei adalah bulan kritikal kepada murid tingkatan 5 untuk mengumpul markah PAJSK. Biasanya, lepas cuti pertengahan tahun nanti, rata-rata sekolah dah mula tidak membenarkan murid tingkatan 5 untuk terlibat dalam apa-apa pertandingan kokurikulum.

Mana taknya. Cuti pertengahan tahun sampai 7 Jun. Bulan Jun tu juga, anak-anak tingkatan 5 perlu habiskan silibus.

Sebabnya, bulan Julai nanti dijangka peperiksaan percubaan akan bermula.

Bila KPM dah keluarkan siaran media,lepastu YDPA pula sangat menitikberatkan keselamatan murid-murid. Lepastu, sekolah pula dibenarkan cuti kalau suhu terlalu tinggi.

Kemudian, ada pula BDR. Walaupun kemungkinan sektor pendidikan tak terlibat, tapi semua tu akan mengganggu perancangan yang telah dibuat.

Memang best kalau cuti. Tapi, kalau cuti, banyak benda akan tertangguh.

Kena pula sekarang ni KPM mementingkan MMI (Melindungi Masa Intruksional).

Guru-guru perlu berada di sekolah.

Latihan pusat pun kena buat waktu petang.

Memang akan mengganggu takwim lah kalau cuti dan sebagainya.

Apa pun, benda yang belum pasti, tak payah fikir sangat. Tu bukan tugas kita.

Apa yang kita kena buat, hadap saja perancangan di depan mata ni.

Begitulah.

3/28 Diedit kepada

1 komen

Imej jjonnybua
jjonnybua

🍋🥰🤩👍❤️