Book Review| 100 Hari DiSebuah Restoran Tanpa Menu

📖✨ 100 Hari Di Sebuah Restoran Tanpa Menu – Cheong Ye

Saya ingatkan buku ini sekadar tentang makanan. Asal-usul menu. Cerita dapur. Resipi dan budaya.

Rupanya… saya silap.

Buku ini memang berlatar belakangkan sebuah restoran bernama Mulmangcho. Tetapi setiap hidangan yang dihidangkan bukan sekadar makanan — ia adalah terapi. Ia adalah kenangan. Ia adalah luka yang perlahan-lahan dirawat.

Ada satu watak, Nakwon.

Dia tak mampu makan jokbal kerana setiap suapan mengingatkan dia kepada bekas kekasihnya. Sedih yang tak selesai.

Namun selepas hadir ke restoran itu, dia akhirnya dapat makan jokbal dengan tenang.

Dan sebenarnya… bukan makanan itu yang berubah.

Hatinya yang sembuh sedikit demi sedikit.

Chef Mancho pula, dalam usaha merawat hati pelanggan melalui makanan, tanpa sedar turut menyembuhkan dirinya sendiri.

Yang paling menyentuh saya —

kisah kehilangan seorang ayah akibat kanser usus.

Saya berhenti seketika waktu membaca bahagian itu. Sebab jalan ceritanya hampir sama dengan apa yang saya lalui. Ayah saya juga pergi kerana kanser usus.

Ada bab yang buat saya senyap lama. Bukan sebab sedih semata. Tapi sebab rasa difahami.

Buku ini bukan tentang restoran.

Ia tentang kehilangan.

Tentang memaafkan.

Tentang menerima.

Dan tentang bagaimana sesuatu yang sederhana seperti makanan boleh menjadi ruang untuk berdamai dengan diri sendiri.

Untuk saya, ini bukan sekadar bacaan.

Ini pengalaman yang sangat “related”.

⭐ Rating peribadi: 5/5

Kalau awak pernah kehilangan seseorang, atau sedang cuba sembuhkan hati dengan cara sendiri… mungkin buku ini akan jumpa awak pada waktu yang tepat 🤍

#BookReview

#HealingThroughBooks

#Lemon8Malaysia #RamadanBermakna #SoalCinta

Gopeng
2/17 Diedit kepada

... Baca lagiPengalaman saya membaca buku ini membawa saya ke dalam satu dunia di mana makanan tidak sekadar sebagai sumber nutrisi, tetapi sebagai medium terapi yang penuh makna. Restoran Mulmangcho yang tiada menu tetap ini bukan sahaja tempat untuk makan, namun menjadi ruang bagi setiap individu menyembuhkan luka batin mereka melalui hidangan yang dihidangkan. Apa yang menarik adalah konsep bahawa hidangan yang sama dapat membawa makna berbeza kepada setiap individu bergantung pada pengalaman dan ingatan mereka. Sebagai contoh, watak Nakwon yang pada mulanya tidak mampu makan jokbal kerana kenangan pahit, tetapi selepas beberapa lama, hatinya sembuh dan mampu menikmati makanan itu dengan tenang. Ini menunjukkan bagaimana penyembuhan emosi itu penting sebelum seseorang boleh menerima sesuatu dengan hati terbuka. Sebagai pembaca, saya turut terkesan dengan kisah kehilangan yang digarap dalam buku ini, khususnya bab tentang kanser usus yang mengingatkan saya kepada pengalaman peribadi saya kehilangan orang tersayang. Buku ini berjaya menyampaikan perasaan kehilangan, memaafkan, dan menerima dengan cara yang sangat menyentuh hati dan membuatkan pembaca rasa difahami. Selain daripada aspek terapi, buku ini juga memaparkan hubungan antara pelanggan dan chef yang penuh kehangatan. Chef Mancho yang menggunakan makanan sebagai alat untuk merawat bukan sahaja pelanggan, tetapi juga dirinya sendiri, menyampaikan satu mesej bahawa penyembuhan adalah proses yang memerlukan masa dan sokongan. Saya juga belajar bahawa kehilangan bukanlah sesuatu yang harus dipendam sendiri, dan kadangkala sesuatu yang sederhana seperti makan bersama atau berkongsi makanan boleh menjadi titik mula untuk berdamai dengan diri dan perasaan. Bagi sesiapa yang pernah mengalami kehilangan atau sedang berada dalam proses penyembuhan emosi, buku ini adalah bacaan yang sangat sesuai dan mungkin menemui anda pada masa yang tepat. Ia lebih daripada sekadar kisah tentang restoran; ia adalah perjalanan hati yang meresap ke dalam jiwa pembaca.

2 komen

Imej Ashikin Arsad
Ashikin Arsad

beli dekat mana ?

Lihat lagi(1)