... Baca lagiRamai yang DM tanya, kalau datang Busan patut stay dekat Gwangalli ke Haeundae ke Nampo-dong? Lepas beberapa kali repeat Busan, ni pendapat jujur aku ikut pengalaman sendiri.
Kalau korang jenis suka view laut, chill tepi pantai sambil tengok sunset, Gwangalli Beach memang antara tempat best untuk stay di Busan. Paling win dekat sini mesti pemandangan Jambatan Gwangan yang menyala lawa gila waktu malam. Kadang ada pertunjukan dron, memang rasa macam dalam K-drama. Malam-malam boleh lepak café facing laut, ambil gambar aesthetic dengan background jambatan.
Tapi Gwangalli ni aku lebih recommend kalau korang sewa kereta, macam aku. Parking banyak dan senang nak gerak ke tempat lain. Kalau fully bergantung pada public transport, jujurnya kawasan ni kurang convenient berbanding Haeundae atau Nampo-dong. Stesen subway tak terlalu dekat dan kadang-kadang kena jalan agak jauh atau tukar bas. So kalau travel dengan family yang ada warga emas atau bawa kids, mungkin penat sikit.
Untuk first-timer ke Busan yang guna public transport, Haeundae biasanya lagi senang. Pantai pun cantik, laluan subway jelas, dan kawasan sekeliling hidup gila – banyak hotel, guesthouse, restoran halal friendly, dan kedai serbaneka. Cuma downside dia, Haeundae memang touristy dan selalu ramai orang, especially masa weekend atau peak season. Kalau jenis tak suka crowd, boleh rasa rimas.
Nampo-dong pula aku letak dalam kategori "team bandar". Kalau korang datang Busan lebih kepada shopping, street food, dan nak dekat dengan BIFF Square, Jagalchi Market, dan Gukje Market, stay Nampo-dong memang praktikal. Public transport sangat senang, banyak line bus dan subway lalu. Tapi kena ready dengan suasana sesak dan bising, especially waktu malam. Bukan kawasan untuk duduk menikmati sunrise by the beach, tapi best untuk enjoy vibe bandar Busan yang meriah.
Tip aku: kalau korang ada 4–5 malam di Busan, boleh consider split stay – separuh malam di kawasan pantai macam Gwangalli atau Haeundae, separuh lagi di Nampo-dong. Siang boleh enjoy pantai, malam boleh explore street food dan shopping. Kalau trip pendek dan naik public transport, aku akan pilih Haeundae atau Nampo-dong dulu, baru next trip try Gwangalli.
Akhirnya, pilih ikut style korang sendiri: korang #TeamPantai ke #Teambandar? Kalau suka suasana tenang, view jambatan dan laut, Gwangalli memang tempat terbaik untuk stay di Busan, especially kalau korang sewa kereta dan tak kisah tempat kurang dekat dengan stesen subway.
Cantik betul pantai kat busan 😍 tp hairan, dekat sabah ramai sangat pelancong korea. Kalau kat tanjung aru dan kota belud ramai sangat.