Candles in the makingâ¨
Sejak mula cuba DIY lilin aromaterapi sendiri di rumah, saya perasan rupanya tak susah sangat pun kalau tahu langkah asas dan tools yang betul. Saya kongsi sedikit pengalaman dan cara buat lilin wangi yang simple, sesuai untuk beginner. 1. Bahan asas yang saya guna - Lilin parafin blok atau parafin flakes - Essential oil (pilih ikut bau kegemaran â lavender, vanilla, citrus, rose) - Wick (sumbu lilin) â boleh beli ready-made ikut saiz bekas - Bekas tahan panas â jar kaca kecil, cawan seramik, atau tin - Sedikit pewarna lilin (optional) 2. Cara cairkan lilin parafin Saya suka guna teknik double boiler supaya lilin cair sekata dan tak hangus. - Parut atau potong kecil lilin parafin - Isi air dalam periuk, letak mangkuk besi/gelas tahan panas di atas - Masukkan lilin dalam mangkuk dan cairkan perlahan dengan api kecil - Kacau sekali-sekala supaya cair rata 3. Campur essential oil & pewarna Ini bahagian paling seronok â pilih bau! - Bila lilin dah cair, tutup api dan biar sejuk sekejap (supaya bau tak cepat hilang) - Tambah essential oil lebih kurang 6â10% daripada berat lilin (kalau nak lebih wangi, boleh adjust sikit-sikit) - Kalau nak warna, masukkan pewarna lilin dan kacau sampai sebati 4. Sediakan bekas & wick - Letak wick di tengah bekas, lekatkan dengan glue dot atau sedikit lilin cair - Guna chopstick/penyepit untuk pegang wick supaya kekal tegak 5. Tuang lilin ke dalam bekas - Tuang perlahan-lahan lilin cair ke dalam bekas supaya tak banyak bubble - Biarkan pada suhu bilik, jangan masuk peti ais (nanti permukaan boleh retak) - Bila dah separuh beku, kalau ada lekuk di tengah, boleh tambah sedikit lilin cair untuk cantikkan permukaan 6. Masa curing Ramai orang tak sabar, tapi saya perasan kalau biar lilin "rehat" 1â2 hari, bau akan lagi sekata bila dibakar. Jadi, lepas lilin keras, simpan dulu sebelum guna. 7. Tip elak masalah biasa - Wick terlalu kecil: api kecil, lilin tak cair sepenuhnya - Wick terlalu besar: asap hitam dan bau kurang sedap - Bau tak kuat: mungkin essential oil terlalu sedikit atau ditambah masa lilin terlalu panas 8. Idea lilin aromaterapi DIY - Lilin aromatherapy untuk tidur: lavender + chamomile - Lilin segar waktu pagi: lemon + orange + peppermint - Lilin cozy malam: vanilla + cinnamon Bila dah biasa dengan cara buat lilin aromaterapi sendiri, memang rasa puas hati sebab boleh hasilkan lilin wangi ikut mood dan suasana rumah. Kos pun biasanya lebih jimat berbanding beli lilin aromatherapy branded, dan yang penting kita tahu sendiri bahan yang digunakan.


























