Romanticizing life as it goes

1/25 Diedit kepada

... Baca lagiMula-mula aku pun blur bila orang cakap pasal “romanticizing life” atau romantisasi hidup. Selalu nampak aesthetic video dekat TikTok atau Lemon8, tapi sebenarnya romanticizing life adalah satu mindset – cara kita pilih untuk nampak keindahan dalam benda-benda yang nampak biasa. Bukan bermaksud lari dari realiti, tapi jadikan realiti yang ada ni lebih lembut dan cozy untuk diri sendiri. Bila dah masuk adulthood, hidup rasa laju gila. Kerja, study, komitmen family… semua datang sekali. Masa ni lah aku mula cuba romantisasi hidup aku. Contohnya, pagi yang dulu aku rasa rushing, sekarang aku cuba perlahan sikit. Buat kopi panas, buka tingkap, dengar bunyi burung atau hujan, dan betul-betul hadir dalam momen tu. Benda sama je, cuma cara aku melihat tu berubah. Romanticizing life adalah tentang appreciate rutin harian: lipat baju sambil dengar lagu favourite, kemas bilik jadi lebih cozy, letak lilin wangi, susun buku atau komik yang kita suka (macam aku, ada koleksi manga di rak – rasa tenang je bila tengok). Bila bilik nampak kemas dan ada sentuhan personal, automatik mood pun naik. Ramai ingat romantisasi adalah hidup mewah atau aesthetic yang perfect, tapi sebenarnya tak. Kadang-kadang aku cuma record silent video pendek – minivlog tanpa suara, hanya bunyi sekeliling. Contoh: buat air milo panas, tulis jurnal, atau baca buku sekejap lepas kerja. Bila tengok balik video tu, aku rasa macam “oh, hidup aku sebenarnya tak lah kosong sangat”. Kalau kau tertanya “romanticizing life adalah untuk orang yang kaya je ke?”, jawapan aku: tak. Ia lebih kepada cara kita treat diri sendiri dengan lembut. Pakai baju yang buat kau rasa selesa, jalan sorang-sorang sambil dengar playlist favourite, atau reward diri dengan dessert murah lepas sehari yang penat. Benda kecil macam ni buat adulthood kurang menyesakkan. Romantisasi hidup juga boleh jadi cara untuk jaga mental health. Bila kita latih minda untuk notice benda-benda kecil yang indah, kita kurang fokus pada benda negatif. Contohnya, daripada stress sebab jem, aku cuba fokus pada langit senja, lagu yang tengah main dalam kereta, atau perbualan dengan diri sendiri. Kalau kau baru nak mula romanticizing life, boleh start dengan tiga benda simple: kemas satu sudut bilik dan buat ia cozy, luangkan 10 minit sehari untuk buat aktiviti yang kau suka (tulis, lukis, baca manga, tengok anime), dan catat 3 benda kecil yang kau bersyukur setiap hari. Lama-lama, kau akan perasan hidup rasa lebih penuh dan bermakna walaupun realitinya sama aje.

Cari ·
aesthetic life