Shaukat dibotakkan di atas gelanggang?
Perlawanan yang berlangsung diantara The Absolute Shaukat dan Danny Limelight (c) untuk Kejuaraan ROW di acara Reality Check anjuran APAC WRESTLING telah disabotaj oleh Double K pada penghujung perlawanan tersebut. Pada waktu kemuncak dimana Shaukat membuat gerakan penyudah beliau iaitu NK Driver dan membuat tindan kira, Double K muncul dari pentas menghampiri gelanggang dan tarik kaki pengadil keluar gelanggang serta merta membatalkan kiraan tersebut. Seterusnya Danny selaku juara mengambil kesempatan melakukan gerakan penyudah dan menamatkan perlawanan tersebut dengan pinfall. Namun ianya tidak berakhir disitu, Double K mengambil hair trimmer dan memotong rambut Shaukat.
















