Inilah 8 tempat menarik area Johor yang wajib masuk bucket list 👀✨
Kalau korang plan nak short getaway, save video ni dulu.
📍Johor Darul Ta’zim
#malaysiatrulyasia #cuticutimalaysia #visitmalaysia2026 #TourismMalaysiaWilayahSelatan #visitjohor2026
Ramai orang search “tempat jalan-jalan best dekat Johor”, tapi bila sampai masa nak plan, blur tak tahu nak susun itinerary. So aku share sikit macam mana aku biasa plan short getaway 2H1N atau 3H2N ke Johor guna list tempat menarik yang ada ni. Mula-mula, aku akan decide nak vibes macam mana: healing alam semula jadi, makan & kopi, atau aktiviti family. Kalau nak healing, Taman Eko Rimba Gunung Berlumut memang wajib. Udara segar, sungai bersih dan dijaga dengan baik, sesuai untuk korang yang penat dengan kerja dan nak lari sekejap dari bandar. Tip aku, datang awal pagi supaya tak terlalu ramai orang dan senang nak cari port mandi sungai yang tenang. Untuk kaki kopi, MyLiberica Coffee dan Kluang TV Coffee memang dua spot yang aku suka. MyLiberica bukan sekadar minum kopi je tau, korang boleh tengok sendiri proses pembuatan kopi di ladang diorang yang luas berhektar, siap ada produk coklat bar sebab diorang tanam koko sendiri sampai dapat Silver Award at the International Cocoa of Excellence Competition. Aku suka singgah sini lepas jalan-jalan area Simpang Renggam dan Kluang, rasa puas bila dapat tengok dari ladang sampai ke cawan. Kluang TV Coffee pula port terbaik nak recharge lepas ronda bandar. Bukan setakat kedai kopi biasa, diorang ada produk kopi sendiri dan vibe kedai tu memang santai. Tip aku, pilih seat dekat tingkap, order kopi signature diorang, lepas tu plan next stop. Kalau korang jenis suka seni dan dekorasi rumah, Yeng Choon Rattan Art memang syok. Banyak dekorasi unik dari rotan, sesuai untuk yang suka cari barang rare untuk hias rumah. Aku pernah beli kerusi rotan kecil buat sudut baca, rasa lain macam bila barang yang kita beli ada cerita di sebalik pembuatannya. Aw Pottery Studio pula tempat yang aku rasa underrated tapi best. Dekat sini korang boleh bukan saja tengok keunikan ukiran tembikar, tapi boleh cuba buat pottery sendiri step by step ikut cita rasa korang. First time aku cuba, memang awkward, tapi bila siap satu hasil kerja sendiri, rasa bangga walaupun tak sempurna. Untuk family trip, UK Farm memang antara tempat yang aku recommend. Sesuai untuk yang bawa anak kecil sebab boleh tengok haiwan ternakan macam kambing dan lain-lain dari dekat. Diorang juga produce susu kambing dan produk berasaskan susu kambing – aku dah try sendiri, memang sedap dan tak bau hamis. Lagi satu yang aku suka, diorang sediakan bas untuk ke setiap tempat dalam kawasan farm, so korang tak rasa terlalu penat berjalan. Laman Kreatif Kluang pula port wajib kalau korang suka OOTD dan street art. Setiap sudut dinding penuh dengan mural hasil seni artis tanah air kita, vibe memang hidup. Aku suka datang waktu petang, cahaya lembut, gambar pun cantik. Sesuai sangat kalau korang nak konten Instagram atau Lemon8. Last sekali, untuk yang suka aktiviti lasak tapi tak terlalu ekstrem, Kahang Adventure & Eco Camp memang kena dengan korang. Boleh memancing ikan, tangkap ikan keli, main ATV sambil nikmati pemandangan kampung yang cantik. Aku suka tempat ni sebab dapat rasa suasana kampung sebenar, tapi dalam masa sama ada aktiviti outdoor yang fun. Kalau korang nak tambah sikit thrill dalam trip korang ke Johor, memang berbaloi. Biasanya aku akan combine beberapa tempat dalam satu daerah supaya tak banyak masa habis atas jalan. Contohnya, sehari fokus area Kluang: MyLiberica Coffee, Laman Kreatif Kluang, Kluang TV Coffee. Esoknya baru gerak ke kawasan lain macam UK Farm atau Kahang Adventure & Eco Camp. Korang boleh save dan adjust ikut masa cuti sendiri, tapi yang penting, Johor Darul Ta’zim sebenarnya memang penuh tempat menarik yang wajib masuk bucket list kalau korang suka jalan-jalan dalam Malaysia.


Lihat lebih banyak komen