🍋 2-Min Morning Detox: Lemon + Honey
Nak start hari dengan rasa segar? Cubalah ni. Simple, cepat, dan sangat berkesan untuk badan.
✨ Kenapa I suka?
Detox: Cuci sistem badan.
Energy: Natural boost tanpa kafein.
Skin: Kulit rasa lebih bersih.
🥣 Bahan:
½ Lemon (perah/hiris).
1 sudu Madu asli.
Segelas air suam.
📋 Cara:
Perah lemon dalam segelas air berisi air suam @ sejuk. Campur madu dalam air gelas dan kacau. Siap!
Tips : Jangan guna air panas menggelegak sebab boleh matikan khasiat madu dan buat lemon rasa pahit!
Minum waktu perut kosong.
💡 Note:
-Buang biji lemon supaya air tak pahit bila rendam lama.
-Kalau nak letak hirisan lemon (potong nipis)
SELAMAT MENCUBA 🥰✨
#MinimalistHealth #DailyRoutine #Lemon8Malaysia #HoneyLemon #HealthyHabits
Ramai orang cari cara buat detox sendiri tapi sebenarnya tak perlu pun produk mahal. Resepi lemon madu ni kira macam petua orang lama yang masih relevan sampai sekarang. Bahan pun ringkas, tapi kalau buat dengan cara yang betul, baru lah rasa sedap dan berkhasiat. Mula-mula, saya memang suka pilih lemon yang betul-betul segar dan juicy. Kulit dia nampak licin, warna kuning terang, bila picit rasa padat dan berat. Lemon yang kecut, lembik atau kulit berkedut biasanya dah lama dan kurang jus. Kalau beli banyak, saya akan simpan dalam peti ais bahagian chiller, dan basuh bila nak guna saja. Untuk air, saya lebih prefer air suam berbanding air panas. Air panas sangat boleh rosakkan khasiat madu dan buat rasa lemon jadi pahit. Kadang-kadang kalau cuaca panas, saya guna air sejuk tapi bukan air batu. Air suhu bilik atau suam suam kuku pun dah ok. Yang penting, elakkan air mendidih. Cara saya, saya akan potong lemon kepada dua, guna setengah biji je setiap kali. Setengah pun dah cukup untuk satu gelas. Perah terus ke dalam gelas, kemudian saya tapis sikit guna sudu atau penapis kecil untuk buang biji. Biji ni yang selalu buat air jadi pahit kalau dibiarkan lama dalam gelas. Lepas perah, saya suka tambah beberapa hirisan nipis lemon ke dalam gelas. Potong nipis je tau, jangan tebal sangat. Hirisan ni bukan saja buat air nampak cantik, tapi bila direndam, dia bagi aroma dan rasa yang lebih fresh. Untuk madu, saya guna lebih kurang 1 sudu besar madu asli. Kalau nak jaga kalori, boleh kurangkan sikit. Saya biasanya guna madu kegemaran sendiri, ikut selera. Lepas tu kacau sebati sampai madu larut. Siap dah satu gelas lemon madu detox homemade. Saya amalkan minum setiap pagi waktu perut kosong. Lepas bangun tidur, minum ni dulu sebelum sarapan. Rasa dia memang simple tapi sedap; masam manis yang lembut dan tak terlalu tajam. Bila konsisten, saya perasan perut rasa lebih selesa, senang ke tandas, dan badan tak rasa terlalu berat. Kalau nak buat lagi menarik, kadang-kadang saya tambah sikit halia hiris nipis atau beberapa helai daun pudina. Tapi kalau ikut petua orang dulu-dulu, lemon + madu simple pun dah cukup. Paling penting, buat ikut kemampuan dan konsisten. Mana tahu bila raya nanti, senang sikit nak pakai baju kebaya sebab badan rasa lebih ringan. Kalau pertama kali cuba, boleh adjust kuantiti lemon dan madu ikut tekak masing-masing. Kalau terlalu masam, tambah madu sikit. Kalau rasa terlalu manis, boleh tambah air. Cara buat detox sendiri ni fleksibel, ikut gaya hidup dan selera kita sendiri.



























🥰.🥰🥰❤️❤️❤️❤️😂👍👍👍👍