💭 "Dari semua usahaku, kenapa yang dilihat cuma sa
💭 "Dari semua usahaku, kenapa yang dilihat cuma salahku..."
Kadang-kadang dalam hidup, kita dah buat sehabis baik. Kita berusaha, kita cuba sempurna, tapi tetap ada mata yang hanya nampak pada kekurangan. Itu lumrah manusia...
Jangan kecewa bila usaha kita tak dihargai. Allah Maha Melihat. Dia tahu setiap titik peluh, setiap doa dalam diam, setiap usaha yang mungkin tak nampak pada mata orang lain.
Ingatlah, penghargaan manusia itu sementara. Tapi pandangan Allah itu kekal selamanya. 🌸
Teruskan melangkah, walaupun salah kita lebih diingat daripada kebaikan. Kerana akhirnya, yang dinilai hanyalah hati dan amal kita di sisi-Nya.





























