Ramai yang tak tahu sebenarnya banyak bantuan kewangan (Khairat Kematian) yang boleh dituntut oleh waris sekiranya berlaku kematian. Duit ini sangat membantu untuk urusan jenazah dan kelangsungan hidup keluarga yang ditinggalkan.
Sila semak kelayakan anda atau ahli keluarga dalam senarai di bawah:
ANTARA SUMBER TUNTUTAN KHAIRAT:
1️⃣KWSP: RM 2,500
2️⃣PERKESO: RM 2,000
3️⃣Tabung Haji: RM 1,500
4️⃣Kakitangan Awam/Pesara (JPA): RM 3,000
5️⃣Pembayar Zakat (MAIWP/Negeri): RM 3,000 (ikut negeri)
5️⃣Bank Rakyat: RM 3,000 (jika ada akaun)
6️⃣Maybank: RM 1,000 (akaun individu)
7️⃣ASNB: RM 200 - RM 2,000 (ikut baki)
8️⃣Khairiah Masjid: RM 500 - RM 5,000 (ikut kariah)
9️⃣Skim Takaful/Insurans: RM 2,000 - RM 5,000
🔟Warga Emas Sarawak (KGC): RM 3,000
DOKUMEN PENTING UNTUK TUNTUTAN:
✅Sijil Kematian (Original & Salinan)
✅Kad Pengenalan Simati & Waris
✅Sijil Nikah (jika pasangan)
✅Buku Bank/Penyata akaun simati
PESANAN PENTING:
Jangan tangguh urusan tuntutan kerana ada sesetengah tempat mempunyai tempoh waktu (deadline) tertentu. Bagi yang bekerja sendiri, digalakkan mencarum PERKESO atau KWSP secara sukarela serta miliki pelan takaful mampu milik.
"Biarkan waris kita menangis kerana kehilangan kita, jangan waris kita menangis kerana terbeban dengan peninggalan kita."
Silakan SHARE info ini untuk manfaat sahabat dan keluarga lain. Kita mudahkan urusan orang, insya-Allah urusan kita juga akan dipermudahkan.
#KhairatKematian #InfoPengurusanJenazah #KWSP #PERKESO #TabungHaji #PanduanWaris























































