BILA MASA TERBAIK

Harga Emas Naik Pening, Turun Pun Pening. Dah Kenapa?

Pernah tak korang jumpa jenis orang yang macam ni:

Bila harga emas naik, dia mengeluh:

"Alamak, ruginya tak beli banyak-banyak bulan lepas!" 🤔

Bila harga emas turun, dia pun panik:

"Aduh, jatuh dah! Baik aku jual sekarang sebelum makin rugi." 😱

Last-last, naik ke turun ke, hati dia tetap tak tenang.

Sikit-sikit buka apps tengok graf harga. Stress!

Sebenarnya, punca dia satu je: Sebab kita sibuk tengok HARGA, bukan MATLAMAT.

Bagi orang yang dah faham ilmu emas, situasi dia terbalik.

Naik atau turun, dua-dua diorang senyum:

1. Harga Naik? Alhamdulillah, nilai aset dan kekayaan dalam simpanan makin bertambah.

2. Harga Turun? Lagi Alhamdulillah! Ini masanya borong lebih banyak gram pada harga "diskaun". Barang baik tengah murah, siapa tak nak, kan?

Orang yang betul-betul ada ilmu, diorang tak main teka-teka harga esok lusa.

Diorang cuma fokus satu benda je: Konsisten tambah gram demi gram sampai capai target kewangan.

Beza antara penyimpan yang tenang dengan yang stres bukan pada harga emas tu, tapi pada ilmu kat dada.

Orang tak ada ilmu, nampak harga.

Orang ada ilmu, nampak peluang.

Korang pulak jenis yang mana satu?

Gold Savings Advisor ✨️ Dealer Active Public gold ✨️ JE24K Wasappp buka account public gold *Daftar percuma*

#publicgold #emas24k #Tipskewangan #simpananemas #simpananemas goldbar TabungEmas

7/3 Diedit kepada

... Baca lagiSaya faham betul perasaan sibuk melihat graf harga emas naik turun setiap hari, kadang boleh buat stress. Tapi selepas saya belajar dan memahami ilmu emas dengan lebih mendalam, saya mula fokus pada matlamat simpanan saya bukannya harga semasa. Sebagai contoh, bila harga emas naik, saya rasa gembira sebab aset saya makin bertambah nilai. Sebaliknya, kalau harga turun, saya pun tidak panik kerana inilah peluang untuk beli lebih banyak emas dengan harga 'diskaun'. Pendek kata, kedua-dua situasi ini adalah peluang yang bagus jika kita ada ilmu dan strategi yang betul. Kunci utama adalah konsisten menambah gram emas tanpa terlalu risaukan turun naik harga jangka pendek. Berbeza dengan orang yang tiada ilmu, mereka mudah rasa ragu dan cepat buat keputusan terburu-buru seperti jual semua emas bila harga jatuh, akhirnya rugi. Tetapi mereka yang faham, tahu untuk beli lebih banyak emas ketika harga rendah dan simpan emas tersebut sehingga capai sasaran kewangan yang diinginkan. Tapi ilmu emas bukan semata-mata tentang teknik membeli dan menjual. Ia juga berkait rapat dengan mindset kewangan yang betul. Melalui pengalaman saya, saya belajar bahawa emas bukan sahaja sebagai pelaburan aset, tetapi ia juga sebagai tabungan jangka panjang yang memberikan keyakinan kewangan. Oleh itu, kepada sesiapa yang baru mula menyimpan emas atau yang sering buntu dengan perubahan harga, saya cadangkan terus belajar dan fahamkan asas ilmu emas. Jangan jadikan harga emas sebagai penentu emosi, sebaliknya fokus pada sasaran simpanan dan tambah gram demi gram secara konsisten. Insha Allah, dengan pendekatan ini, kita akan menjadi penyimpan emas yang tenang dan bijak mengurus kewangan.