“Bermula Dengan Satu Bekas & Impian”💕💕

Mula-mula cuma niat nak cari rezeki lebih.

Air ikat tepi biasa je, tapi aku nak buat lain sikit ,biar murah, tapi ada rasa & identiti sendiri.

Dari situ lah lahir nama IKAT & SIP 💧

Hari pertama jual, cuaca panas, tapi hati berdebar. Tak sangka orang datang tanya:

“Ni air apa ni? RM2 je?”

Dari situ semangat makin kuat.

Tak ada team besar, cuma dua orang(aku&wife) je urus semuanya bancuh, ikat, jual.

Tapi setiap kali nampak orang minum sambil senyum, rasa penat hilang. 🥹

Sekarang misi aku satu je

nak buktikan bisnes kecil pun boleh jadi besar,

asalkan buat dengan ikhlas, konsisten, dan percaya rezeki Tuhan bagi. 🙌

Kalau kau ternampak IKAT & SIP RM2,

cubalah satu. Bukan sekadar air

ni hasil titik peluh & semangat dua insan kecil yang nak berjaya. ❤️Aminn Aminn InshaAllahTaman Dusun Nanding

#IKATnSIP #AirRM2 #UsahawanMuda #SmallBusinessJourney #Lemon8MY #KisahRezeki

2025/10/11 Diedit kepada

... Baca lagiPengalaman aku menguruskan bisnes kecil ini memang penuh cabaran dan keindahan. Dari Gerai kecil dengan payung putih di tepi jalan, aku dan isteri cuba beri kelainan pada air ikat tepi yang biasa. Penambahan perisa seperti Green Tea dan Vanilla Blue bukan sahaja menarik perhatian pelanggan malah memberi rasa segar yang unik. Selain fokus pada rasa dan harga, aku percaya kunci kejayaan adalah keikhlasan dan konsisten dalam usaha. Setiap hari, kami bancuh air dari awal pagi, ikat, dan jual tanpa bantuan team besar. Melihat pelanggan tersenyum selepas minum buat penat hilang terus. Kalau anda berminat nak cuba sesuatu yang bukan sahaja menyegarkan tapi ada cerita di sebaliknya, singgahlah gerai kami di Taman Dusun Nanding. Dari usaha kecil bermula dengan satu bekas, kini kami terus melangkah dengan impian lebih besar. Bagi sesiapa yang mahu mulakan bisnes kecil, pesan saya, teruskan sahaja. Tak kira cabaran, asalkan kita buat dengan ikhlas dan percaya pada rezeki Tuhan, kejayaan pasti datang. Semoga IKAT & SIP RM2 memberi inspirasi kepada semua usahawan muda di Malaysia.