Pakai Retinol Tp Kulit Semakin Rosak? Ini Sebabnya
Ramai yang teruja nak mula guna retinol sebab ia terkenal membantu mengurangkan jeragat, jerawat, dan garis halus.
Tapi jika tersalah cara, kulit boleh jadi kering, mengelupas atau breakout. Jadi, sebelum mula, pastikan anda tahu perkara ini.
#LifeBingo #AdaYangSama #SamaSamaCantik #sembangibuibu #retinoluntukpemula
Pertama sekali, untuk elak kesan sampingan yang tidak diingini seperti kulit menjadi kering, mengelupas, atau breakout, penting untuk mulakan penggunaan retinol secara perlahan-lahan. Gunakan hanya 1-2 kali seminggu pada awalnya dan tingkatkan kekerapan apabila kulit sudah biasa. Selain itu, jangan gabungkan retinol dengan bahan aktif lain seperti AHA, BHA, vitamin C yang kuat atau scrub pada rutin yang sama kerana ia boleh meningkatkan kerengsaan. Satu lagi tip penting adalah pakai retinol hanya pada waktu malam kerana ia boleh membuatkan kulit lebih sensitif terhadap cahaya matahari. Keesokan harinya, pastikan anda memakai sunscreen dengan SPF tinggi supaya kulit tidak mudah sunburn dan risiko hiperpigmentasi dapat dikurangkan. Jangan lupa untuk menggunakan pelembap selepas pakai retinol untuk mengunci kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, teknik "sandwich" iaitu pelembap-retinol-pelembap boleh dicuba bagi mengurangkan iritasi. Melalui pengalaman sendiri, mengikuti tips ini secara konsisten membantu saya mendapatkan kesan positif retinol tanpa merosakkan kulit. Kesabaran dan pemahaman tentang cara penggunaan yang betul adalah kunci kepada kulit yang lebih sihat dan cantik.




kena educate lebih ramai lg tentang retinol ni sbb selalu nya pembeli hnya beli disebabkan termakan dengan janji kulit akan cantik dengan retinol tanpa diorang tahu cara yg betul perlu tahu dulu barulah betul2 dapat cantik dgn retinol. 🥺