Masakan Say: Stim Loh Mai Fan / Glutinous Rice
Ertinya : Lor Mai (beras pulut)
Fan (Nasi)
Kalau Lor Mai Kai (ada isi ayam. cara buat sama)
Ertinya : Lor Mai (beras pulut)
Kai (Ayam)
bahan-bahannya (ini cara saya masak ya)
--------------------------
Beras pulut (basuh bersih dan toskan)
Cendawan cina/Shitake kering ( basuh dan rendam kembang. air rendaman jangan buang)
1 camca kecil 5 Spicy powder (Wu Xiang Fen)
Udang Kering (Dalam RM3 atau ikut sukatan pulut)
1 biji Bawang putih (di hiris halus)
1 biji Bawang merah (di hiris halus)
Kacang tanah (di goreng)
Kicap cair
Kicap Pekat
Sos Tiram
Minyak Bijian
Air sedikit
Hirisan cili untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Kacang Tanah goreng tabur di atas pulut
* Sos cili saya guna Jalen
* Sos Hitam saya kisar halus Kacang Tauchu
bersama Gula, sedikit minyak bijian dan sedikit
air... masak sehingga pekat sedikit ... angkat dan
tapis... sudah siap....
cara membuatnya
----------------------------
1) Tumis hirisan bawang putih, bawang merah dan
Udang kering dan Cendawan Shitake yang sudah
di rendam kembang sehingga sedikit kegaringan.
2) Masukkan Beras pulut,kicap cair, kicap pekat,
sos tiram, 5 spicy powder 1 camca kecil dan
minyak bijian... kacau sebati
3) Masukkan rendaman air cendawan
shitake kering tadi kacau sebati dan masak
sehingga air dekat nak kering. rasa cukup garam
ke tidak.. kalau tak cukup tambah kicap masin
atau garam secukup rasa.
4) Kacau sebati dan angkat bila kuah dekat kering...
masuk ke dalam mangkuk yang dalam sedikit...
5) Kukus pulut sehingga masak ...
6) Bila sudah masak tabur hirisan cili, daun bawang
dan kacang tanah goreng.
7) Siram sedikit sos hitam dan cili sos di atas pulut..
Sedap makan begitu sahaja atau bersama sos cili dan sos hitam.... minat boleh cuba... selalu masyarakat cina makan waktu sarapan pagi... ada yang makan waktu minuman petang...
# Selamat mencuba jika suka ❤️ # - Izza Yeoh
Pulut putih yang digunakan dalam resepi Loh Mai Fan ini adalah kunci untuk menghasilkan tekstur yang lembut dan kenyal apabila dikukus. Saya selalu pastikan beras pulut dibasuh hingga bersih dan ditoskan dengan sempurna sebelum dimasak supaya hasilnya tidak melekat atau terlalu lembik. Untuk menambahkan rasa yang lebih mendalam, air rendaman cendawan Shitake saya gunakan semula dalam masakan. Ini menyuntik aroma dan kelazatan semula jadi pada beras pulut yang sedang dimasak. Bagi penambahbaikan sos hitam, saya pernah mencampur kacang Tauchu yang dikisar halus dengan gula dan sedikit minyak bijian agar lebih pekat dan rasa umami lebih terasa. Saya juga suka taburkan hirisan cili segar bersama daun bawang untuk memberikan rasa pedas dan segar yang menyelerakan. Kacang tanah yang digoreng garing menjadi tekstur tambahan yang menarik pada hidangan akhir. Loh Mai Fan ini bukan sahaja disukai masyarakat Cina pada waktu sarapan, malah saya sendiri menggemari menikmatinya ketika minum petang bersama secawan teh. Kombinasi bahan dan langkah memasak yang saya kongsi ini sememangnya mudah diikuti oleh sesiapa yang ingin mencuba memasak sendiri di rumah.







