What Happens When Markets Go Down?
Markets don’t test returns.
They test patience.
Terus terang, masa pertama kali saya melabur dan nampak pasaran jatuh, saya memang gelabah. Rasa nak jual semua pegangan sebab takut rugi lagi teruk. Tapi lepas beberapa kali lalui fasa market down, saya perasan satu benda: pasaran turun bukan bermaksud pelaburan kita gagal, tapi ia memang sebahagian daripada perjalanan pelaburan jangka panjang. Ramai orang hanya fokus pada pulangan tunai cepat, contohnya bonus, cashback atau pulangan tunai dari broker, sampai lupa yang risiko pasaran naik turun tetap ada. Bila market hijau, semua rasa yakin. Tapi bila market merah, tiba-tiba mula fikir “ada sesuatu tak kena”, “mungkin patut stop melabur”. Padahal kalau tengok sejarah, pasaran memang sentiasa ada fasa naik dan turun. Itu normal. Apa saya buat bila pasaran jatuh? Pertama, saya tengok balik perancangan pelaburan. Adakah saya melabur duit lebihan, atau duit yang memang saya perlukan dalam masa terdekat? Kalau saya guna duit lebihan dan rancangan saya jangka panjang (5–10 tahun ke atas), kejatuhan jangka pendek ini sebenarnya tak ubah apa-apa pada matlamat saya. Market down doesn’t mean your plan has failed – selalunya ia cuma bermaksud plan sedang ‘in action’. Kedua, saya semak semula sebab saya pilih aset atau saham tersebut. Adakah fundamental syarikat masih kukuh? Adakah saya melabur hanya sebab ikut trend atau FOMO? Kalau fundamental masih ok, kejatuhan harga kadang-kadang bagi peluang untuk tambah pegangan pada harga lebih rendah, bukan masa untuk panik. Ketiga, saya kawal emosi dengan hadkan kekerapan tengok price. Dulu saya buka apps setiap 5 minit, bila nampak merah terus rasa takut. Sekarang saya lebih disiplin – ada masa tertentu sahaja untuk semak portfolio. Ini bantu saya fokus pada strategi, bukan pada pergerakan harga harian. Tentang pulangan tunai atau apa-apa insentif dari platform, saya anggap itu sebagai extra sahaja, bukan sebab utama saya melabur. Pulangan sebenar datang dari growth jangka panjang, dividen dan kuasa compounding. Kalau kita cuma kejar pulangan tunai segera, kita mudah buat keputusan singkat – masuk bila nampak promosi, keluar bila market go down. Kesimpulan peribadi saya: pasaran akan naik dan turun, sentiasa. Kita tak boleh kawal pergerakan market, tapi kita boleh kawal reaksi sendiri. Daripada panik bila market jatuh, lebih baik gunakan masa itu untuk perbaiki ilmu, semak semula risiko, dan pastikan plan pelaburan kita selari dengan tujuan kewangan jangka panjang. Bila mindset berubah, market down bukan lagi sesuatu yang menakutkan, tapi sebahagian biasa dari perjalanan sebagai pelabur.