Travel All Across China Using Just One APP! ✅🇨🇳

2025/5/16 Diedit kepada

... Baca lagiMasa pertama kali travel ke China, saya pun confused bab e-hailing dan e-wallet, sebab selalu dengar orang kata susah kalau tak ada nombor telefon China. Lepas cuba sendiri, rupa-rupanya banyak benda boleh settle hanya guna satu app je: Alipay. Untuk mula, saya daftar akaun Alipay guna nombor Malaysia sahaja. Lepas verify pasport dan link kad kredit/debit antarabangsa, barulah semua fungsi makin banyak terbuka. Dari situ, saya boleh guna scan QR untuk payment/transfer, tak payah bawa cash banyak-banyak. Kedai makan, convenience store, malah kedai tepi jalan pun semua guna QR, memang senang. Bab e-hailing di China, fungsi macam Didi ada siap dalam Alipay. Dalam app, saya pilih bahagian "DiDi Travel" atau menu e-hailing, kemudian tukar ke "Intl/HK/MO/TW" atau English supaya senang faham. Mula-mula, saya set lokasi semasa (select your city, then it is done!) dan masukkan destinasi dalam bahasa Inggeris. App akan tunjuk anggaran harga, jenis kereta dan masa menunggu. Pemandu biasanya tak cakap Inggeris, tapi ada fungsi chat auto-translate dalam app, jadi bila nak beritahu lokasi tepat, saya cuma taip dalam English dan Alipay akan translate ke Chinese. Untuk public transport macam bus dan train, Alipay ada bahagian TripAir-Train dan TripHotels. Saya guna untuk beli tiket tren laju antara bandar: cari bandar asal dan destinasi, pilih tarikh, kemudian bayar terus guna Alipay. Tiket akan keluar dalam bentuk QR dalam app; di stesen tren, saya hanya tunjuk QR di gate. Tak perlu beratur panjang di kaunter. Bus bandar pun ada yang boleh bayar dengan scan QR dari Alipay. Satu lagi fungsi berguna ialah translation dan exchange rate dalam app. Bila saya order makanan atau baca papan tanda, saya buka fungsi terjemahan untuk scan tulisan Chinese. Rate tukaran mata wang pun saya check dalam Alipay dulu sebelum beli barang mahal, supaya tak tersalah kira bajet. Untuk internet, saya beli eSIM terus melalui bahagian eSIM dalam app (atau boleh guna mana-mana eSIM lain) sebab tanpa internet memang susah nak guna e-hailing dan QR payment. Lepas line data stabil, semua urusan dari e-hailing, food delivery sampai hotel booking boleh buat dalam satu tempat. Kesimpulannya, kalau nak travel all over China dengan lebih tenang, saya memang cadangkan siapkan e-wallet Alipay dulu dari Malaysia, link kad bank, dan biasakan diri dengan fungsi e-hailing (Didi), TripAir-Train dan scan QR payment. Bila dah biasa, round satu China pun rasa macam travel di bandar sendiri je.