WHAT HAPPENED TO MONDAY

SPOILER ALERT

.

.

.

Filem ini berlatarkan masa depan di mana kerajaan menguatkuasakan polisi satu anak sahaja dalam satu keluarga untuk kawal populasi manusia.

Namun ada seorang datuk menyembunyikan tujuh orang cucu kembar seiras. Dan setiap seorang dinamakan mengikut hari dalam seminggu, dan mereka bergilir-gilir keluar sebagai satu identiti, Karen Settman. Namun masalah bermula bila Monday hilang, dan rahsia mereka terancam.

1. Noomi Rapace bawa tujuh watak berbeza sekali gus. Memang impressive sebab setiap kembar ada personaliti unik dan tersendiri. Ada yang lembut, ada yang rebel dan ada yang jenis serius. Willem Dafoe jadi datuk yang genius. Pelakon kegemaran saya ni.

2. Permulaan menarik, cepat tarik perhatian audiens dengan idea unik. Aksi-aksi yang dipaparkan pun memang intense dan kreatif. Tapi ada juga babak yang terasa klise. Filem ni lebih fokus pada aksi daripada mendalamkan isu moral.

3. Saya rasa cerita ni bawa tema tentang kebebasan individu dan identiti itu sangat penting bagi seorang manusia. Bukan setiap hari hidup dalam kepura-puraan, terpaksa berlakon jadi orang lain di mata masyarakat. Namun, tetap beri mesej kasih sayang dan pengorbanan untuk keluarga.

4. Terselit juga sedikit sindiran pada isu kawalan populasi dan politik, walaupun tidak dikupas secara mendalam.

5. Kelainan dan perbezaan setiap seorang dari tujuh kembar nampak smooth, langsung tak nampak janggal. Saya tak rasa macam tengok seorang pelakon. Kita percaya mereka ada tujuh orang yang berlainan.

6. Ada sikit babak darah dan part kerat jari tu aku seriau sikit. Filem ni lebih kepada thrill daripada sedih. Sebab tak rasa sedih sangat sebenarnya. Geram juga dekat Monday sebab rasa macam dia selfish. Tapi dia pun berhak untuk rasa hidup bebas. Walau bagaimanapun, hubungan antara tujuh beradik tetap beri rasa touching, terutama bila ada yang terkorban.

7. Cuma rasanya tema utama tentang polisi satu anak kurang berkembang. Teringin juga nak tahu lebih mendalam contohnya apa kebaikannya kalau manusia dikawal populasinya. Tertanya-tanya juga motifnya.

8. Kesimpulannya, What Happened to Monday berjaya gabungkan konsep unik dengan aksi mendebarkan. Lakonan Noomi Rapace memang jadi highlight. Tapi dari segi falsafah dan sindiran sosial, mungkin kurang 'deep' daripada yang kita expect.

Tonton sekali dah cukup.

#moviereview

2025/8/22 Diedit kepada

... Baca lagiApa yang aku paling suka tentang filem ini ialah cara ia menggabungkan unsur thriller dengan kisah keluarga yang kompleks. Setiap watak kembar membawa personaliti yang berbeza, membuatkan cerita jadi lebih menyerlah dan tak bosan. Kalau korang peminat filem yang ada elemen tekanan dan suspense, filem ni memang sesuai. Selain itu, saya tertarik dengan interpretasi polisi satu anak yang dibawa secara halus dalam cerita. Walaupun ia tak digarap dengan mendalam, ia membuka ruang untuk kita fikir tentang kesan kawalan populasi terhadap kebebasan individu. Dalam konteks filem, polisi ini menjadi punca konflik yang menggerakkan plot. Dari segi visual pula, aksi yang dipaparkan cukup mantap dan ada beberapa babak yang buat saya terpaku depan skrin. Walaupun ada elemen darah dan sedikit kekerasan, ia tidak melampaui batas hingga rasa tidak selesa, malah menambahkan elemen thrill. Kalau nak bercakap tentang pelakon, Noomi Rapace berjaya membawa tujuh watak berlainan dengan sangat meyakinkan. Saya rasa ini satu pencapaian hebat kerana dia berjaya membuatkan setiap kembar kelihatan unik dan bukan sekadar satu karakter saja. Kalau korang berminat dengan filem yang bukan sahaja memberikan aksi tetapi juga menyentuh isu sosial dan psikologi, 'What Happened to Monday' sangat patut ditonton. Ia bukan sekadar hiburan biasa, tapi juga buat kita renung tentang makna kebebasan dan pengorbanan dalam keluarga.

1 komen

Imej ika neechan
ika neechan

da tengok jugak...best ..tapi tengok sekali je la😅