TANDA SYUKUR YANG SEBENARNYA

بيسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم

Macam mana cara kita bersyukur sebenarnya?

Selalunya kita akan mengucapkan Alhamdulillah dan kesyukuran kita berakhir disitu saja.

Kita silap sebenarnya.

Jom aku nak ajak kalian semua untuk kita menghayati kisah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dalam Surah Saba.

Selepas mendapat banyak nikmat (dlm ayat sebelum ini - Saba ;10) , maka dlm ayat ini Allah memerintahkan Nabi Daud dan keluarganya untuk melakukan amal soleh.

Ini adalah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana mereka diberikan dengan segala kelebihan maka Allah suruh mereka bekerja. Iaitu dengan membuat baju besi atau dikatakan ulamak tafsir sebagaj baju perang.

Dalam ayat ini Allah memperincikan kepada Nabi Daud bagaimana untuk membuat baju besi.

Maka apakah pengajarannya kepada kita?

Ini merupakan salah satu dalil yg menunjukkan bahawa bersyukur bukanlah dengan ucap “Alhamdulillah” sahaja. Tapi perlu diikuti dengan amal soleh sebagai bukti kesyukuran kita.

Bagaimana dengan kita?

Bagaimana cara kita selama ini?

Bukankah kita hanya ucap di mulut Alhamdulillah apabila diberi Allah nikmat?

Subhanallah, patutlah dalam doa Nabi Sulaiman juga menyebut sedemikian. Tengok ya doa Nabi Sulaiman,

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"

Nabi Sulaiman mintak Allah ilhamkan baginda tetap bersyukur atas nikmat Allah dan tetap mengerjakan amal soleh?

Subhanallah!..

Hebatnya doa orang2 yg banyak bersyukur ini. Dia akan cari ilham nak buat sesuatu yg Allah redha sebagai tanda dia bersyukur atas nikmat2 Allah. Kita pulak sebut Alhamdulillah dah rasa bersyukur. Itu pun belum tentu ikhlas dari hati. Entah2 di mulut saja Alhandulillah, tapi fikiran teringat kepada selain Allah!

Allahu akbar!

Teringat satu kisah yg diceritakan oleh seorang guru tadabbur tentang sahabatnya seorang pensyarah di turki (org Malaysia) yg bertahun2 menanggung sakit kanser/tumor otak (tak ingat terperinci ttg penyakitnya).

Dlm setahun, beliau berbulan2 akan dimasukkan ke wad kerana serangan sakitnya. Jadi jika ada masa yg beliau tidak diserang penyakitnya beliau akan membawa anak2 kecilnya (ada yg masih bayi) ke masjid (isterinya seorang doktor pada masa ini sedang bekerja di hospital). Jadi beliau sendiri yg jaga anak2nya.

Perjalanan ke masjid katanya dalam 2 jam. Apabila kawan2 menasihati supaya beliau tak perlu ke masjid utk solat subuh berjemaah kerana pada masa tersebut pula sedang musim sejuk. Salji sangat tebal katanya.

Tapi, dia tetap nak pergi..

Kerana katanya, masanya yg free (drp masuk wad) itu tak banyak. Bila lagi dia nak bersyukur kepada Allah kerana dia sembuh pada masa tersebut?

Allahu akbar!

Kisah ini betul2 membuatkan kita semakin faham maksud bersyukur. Rupanya bersyukur tak cukup dgn mengucap alhamdulillah, atau terima kasih Ya Allah. Tapi kita perlu membuat amal soleh. Itu barulah sebenar-benar tanda kita bersyukur atas nikmat Allah kpd kita.

Maka sahabat kalau kita tak tadabbur al quran tapi baca sahaja, adakah kita akan faham makna bersyukur?

Allahu’alam.

‎أَنِ اعْمَلْ سَابِغَاتٍ وَقَدِّرْ فِي السَّرْدِ ۖ وَاعْمَلُوا صَالِحًا ۖ إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Abdullah Muhammad Basmeih:

(Serta Kami wahyukan kepadanya): "Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".

(Saba - 11)

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Abdullah Muhammad Basmeih:

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

(An-Naml - 19)

#JomTadabburAlQuran

#jomkenalallahmelaluialquran

#tadabbursaba

#dakwahsunnah

#jalanterus

2024/11/13 Diedit kepada

... Baca lagiKesyukuran bukan sekadar ucapan ‘Alhamdulillah’, tetapi lebih kepada tindakan nyata dalam melakukan amal soleh. Dalam Surah Saba, Nabi Daud diperintahkan oleh Allah untuk berpatisipasi dalam melakukan amal soleh sebagai tanda syukur atas nikmat yang diberikan. Di dalam Al-Quran, Allah mengarahkan Nabi Daud untuk menciptakan baju besi agar dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada masyarakat. Hal ini menunjukkan bahwa tindakan beramal adalah bentuk nyata dari rasa syukur. Selain itu, kisah Nabi Sulaiman yang meminta ilham agar dapat tetap bersyukur kepada Allah juga menekankan pentingnya komitmen dalam setiap tindakan kita. Seseorang yang benar-benar bersyukur tidak hanya mengharapkan keberkahan tetapi juga berusaha untuk melaksanakannya. Ini membawa kepada soalan penting: apakah kita telah melaksanakan amal soleh sebagai bentuk menghargai nikmat yang kita terima? Dalam kehidupan seharian, menerapkan kesyukuran dalam tindakan kita adalah langkah utama yang harus diambil. Sering kali, kita terjebak dalam ungkapan syukur tanpa menyertakan tindakan nyata. Melalui contoh-contoh daripada al-Quran dan hadis yang menjelaskan tentang pengorbanan dan usaha umat-umat terdahulu, kita dapat memahami bahawa syukur yang sebenar melibatkan penghayatan dan pendekatan aktif. Mari kita mengubah apa yang kita ucapkan ke dalam tindakan, dan menjadikan amal soleh sebagai sebahagian daripada kehidupan kita untuk menunjukkan ungkapan syukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan.