Gut Glow #1 :Foods That Help You To Debloat✨🥗

Hi Lemonade🍋

Harini Sya nak decide untuk buat posting berkenaan bloated!!!🤗

Jadi Sya decide untuk buat siri ni untuk selesaikan masalah korang!

Sya tahu, bukan Sya sorang je yang hadap masalah ni😭 Walaupun korang dah workout tapi bila tengok perut still rasa tak puas hati kan? Nak pkai seluar, mesti part paling struggle nak zip dekat bahagian perut. So today Sya decide untuk bagi tips yang selama ni Sya buat☺️

First thing, benda yang korang kena perhatikan dulu adalah pemakanan korang. Makanan adalah penyebab utama punca bloating. Makan maggi waktu malam pun punca bloated ye. Take note okey!

Rutin harian Sya setiap pagi is breakfast sihat. Ada pelbagai jenis makanan yang boleh diambil, bergantung pada duit, calories intake dan idea, as contoh yang korang boleh cuba :

- Roti wholemeal + Peanut Butter + Pisang

- Protein shake (Susu, pisang, protein powder no sugar, Cinnamon Powder, chia seed, penut butter)

- Telur rebus

- Oat Waffle (Oat, susu, tepung, protein powder, air kalu pekat sangat) On top letak penaut butter

-Overnight Oat

Untuk air, Sya wajib ambil Cuka Epal. Make sure makan baru boleh ambil cuka epal untuk orang yang perut sensitif. Kalau Sya tak sempat breakfast, Sya still ambil cuka epal.

Kalau lunch Sya akan fokus untuk ambil lebih protein as contoh :

- Ayam dada, nasi konjac rice atau nasi yang sesuai untuk orang diet (beras yang dah di steam), sambal sikit dan timun (nak olah guna bahan yang korang ada pun tiada masalah)

- Suuhun, kicap, cili oil, timun dan protein lain sebagai lauk

- Miso Soup, nasi, sayur dan telur rebus atau goreng tanpa minyak, Buah-buahan

- Nasi, kimchi, ikan bakar dan buah-buahan

Kalau untuk malam, Sya kurang ambil makanan berat dan lebih fokus pada snack buah-buahan dan green tea. Kalau selepas workout biasanya sya akan ambil protein bar atau protein shake.

Paling penting, make sure makanan yang diambil itu sesuai dan tidak menjadi punca bloating ye. Sayur yang patut dielakkan adalah kobis, brokoli, cauliflower dan banyak lagi. Makan malam yang berlebihan boleh menyebabkan perut kembung sebab sistem penghadaman menjadi lebih perlahan pada waktu malam, menyebabkan makanan lebih lama berada dalam perut dan mudah menghasilkan gas.

Sya harap share Sya kali ini, dapat bantu korang walaupun sikit. Sya akan ada lagi 9 Post berkenaan topik ni and korang get ready untuk tips yang seterusnya. Terima kasih and Lets Fit Together!

#tipskurus #bloatedsharing #lemon8Malaysia

6/27 Diedit kepada

... Baca lagiBagi saya, kunci untuk mengatasi masalah perut kembung bukan sahaja terletak pada jenis makanan yang kita pilih, tetapi juga cara kita makan dan gaya hidup harian. Selain mengelakkan makanan seperti kobis, brokoli dan cauliflower yang mudah menghasilkan gas, saya perasan bahawa pengambilan cuka epal setiap pagi dapat membantu merangsang sistem penghadaman dengan baik. Namun, untuk mereka yang sensitif perut, jangan ambil cuka epal secara langsung tanpa makanan kerana ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan. Minuman green tea juga sangat membantu saya kekal hydrated dan membantu proses detox secara semulajadi. Saya suka mengambilnya tanpa gula selepas makan sebagai alternatif kepada minuman bergas yang sering menyebabkan kembung. Selain itu, penting juga memperhatikan waktu makan. Saya perhatikan makan nasi putih atau konjac rice sebagai karbohidrat sihat lebih sesuai berbanding makan nasi yang tinggi lemak atau putih yang telah diproses. Jangan lupa untuk ambil protein berkualiti seperti telur rebus atau ayam dada yang dimasak tanpa minyak berlebihan untuk bantu merasa kenyang dan jangan makan berlebihan terutama waktu malam. Pengambilan buah seperti kiwi dan penggunaan yogurt Greek juga memberi kesan positif kerana ia mengandungi probiotik yang membantu sistem pencernaan bekerja dengan lebih lancar. Elakkan makan lewat malam dan cuba makan dengan perlahan supaya sistem penghadaman tidak terbeban. Akhir sekali, menjaga rutin senaman ringan seperti berjalan selepas makan dapat membantu mengurangkan pembentukan gas dalam perut. Setiap tubuh ada keperluan berbeza, jadi cuba perhatikan reaksi badan anda selepas mengambil makanan tertentu dan sesuaikan secara berperingkat. Dengan disiplin dan pemilihan makanan yang sesuai, masalah perut kembung boleh diminimakan dengan berkesan dan menjadikan anda rasa lebih sihat dan yakin.

3 komen

Imej yvonnekhong277
yvonnekhong277

you ada masalah bloated?

Lihat lagi(2)