Dulu org hebat, sekarang dh jadi gelandangan
Weekend lepas kawan ajak aku join satu NGO nie utk event bagi orang gelandangan yang terbiar area Gombak, aku gerak sekali dengan kawan dalam Myvi, sampai sana pukul 8 dah ramai orang beratur utk ambil makan.
Mata aku terarah pada pakcik tua yang makan seorang diri, lepas habis agih makanan, hati aku tergerak utk berbual dengan pakcik nie sebab aura dia lain macam.
Permulaan perkenalan aku tahu kenalan dia bagi gelaran Abang roundabout (abe bob)..aku tahu abang Bob ni berasal dari negeri Pahang dan umurnya dah pun 60 tahun..
Disebabkan kitorang makan together gether maka abbe mula bertanya kenapa abang Bob boleh jadi gelandangan dan pernah tak abang Bob bekerja dulu..
Nahhhh..Jawapannya amat mengejutkan..Abang Bob mula bercerita akan kerjayanya dulu dan kali ni abang Bob tak cakap melayu, dia hanya berbahasa omputih dengan abbe dengan sangat fasih sekali..Sleng omputihnya tidak bunyi sleng omputih Malaysia tapi sleng omputih obersea..Nasib baiklah walaupun abbe ni sekolah atap bolehlah juga abbe faham bahasa omputih ni..
Dulu abang Bob adalah projek coordinator untuk untuk beberapa syarikat Korea dan Jepun di Kuala Lumpur..Bukan dalam satu masa lah..Selepas bekerja dengan Jepun abang Bob berpindah kerja pula dengan syarikat Korea kerana offer yang lebih tinggi..Pendapatan abang Bob memang masyuk time tu dan hidupnya agak mewah..
Tahun 1998 syarikat Korea tempat abang Bob bekerja telah menutup sepenuh operasi di Kuala Lumpur dan abang Bob agak terkejut dengan tindakan majikannya..Masa tu satu krisis besar telah berlalu di Malaysia iaitu krisis antara Doktor Mahathir dan Anwar Ibrahim..
Atas alasan itulah maka syarikat tersebut menamatkan operasinya di Malaysia kerana menurut majikannya mereka datang Malaysia untuk melabur dan inginkan keuntungan bukan untuk mencari kerugian..Mereka khuatir akan kesan krisis waktu itu akan menjejaskan ekonomi Malaysia dan sekaligus turut menjejaskan perniagaan mereka..
Sebelum 1998 banyak bangunan bangunan baru di sekitar Kuala Lumpur termasuk Twin Tower dibina oleh syarikat Korea tempat abang Bob bekerja..Maka berakhirlah kerjaya hebat abang Bob..Abang Bob dikurniakan 4 orang anak bersama pasangannya..Menurut abang Bob kad bank dan duit gajinya memang diserahkan pada isterinya untuk perbelanjaan rumah dan anak anak..Abang Bob hanya mengambilnya sedikit saja untuk perbelanjaan makannya ditempat kerja.
Aku tanya lagi apa jadi selepas 1998 dan kenapa abang Bob boleh jadi gelandangan sedangkan abang Bob ada jawatan yang baik sebelum itu dan kenapa abang Bob tidak hidup bersama isteri dan anak anak sedangkan isteri dan anak anak masih ada..
Abang Bob hanya mampu mengalirkan airmata bila abbe terus bertanya lanjut..Memandangkan keadaan abang Bob dalam keadaan sedih maka aku alihkan bicara kami ke tajuk lain..InsyaAllah aku akan cungkil lagi kisah abang Bob bila dia dah sedia untuk bercerita..
Selesai makan aku peluk abang Bob sebelum minta diri untuk balik kerumah..Waktu aku tinggalkan abang Bob jam dah pun menunjukkan pukul 11.30 malam
































nanti kongsi sambungan cerita ni. nak tau mcm mana Abg Bob boleh jadi gelandangan