Monyet Liar Lapar Ketuk Tingkap 🐒🙊
Aku pernah beritahu cucu saudaraku. Ada 4 orang semuanya yang berumur antara 8 tahun ke 4 tahun. "Rumah tok cik ada zoo" kataku sambil cucu saudaraku melompat-lompat keriangan nak tengok monyet yang banyak berkeliaran di kawasan perumahan ku.
Mengikut sejarahnya sebelum taman perumahan aku ini dibangunkan, hutan disini menjadi kediaman monyet-monyet liar. Kerana itu aku tidak bersetuju dengan jiran-jiran yang sering menyalahkan monyet kerana menyelongkar tong sampah mereka. Pada aku bukan monyet-monyet ini yang menceroboh sebaliknya kita manusia yang merosakkan habitat mereka. Mereka tak akan menyelongkar bekas sampah atau masuk ke rumah jika mereka kenyang. Kita manusialah yang menyebabkan mereka kehilangan habitat untuk mencari makan.
Aku ambil inisiatif untuk beri mereka makan. Pernah aku beli buah buahan yang nak di buang penjaja dan beri monyet monyet itu makan. Tapi aku stop kerana agak merbahaya kerana mereka meluru ke arah aku setiap kali aku bawa buah buah ini ke kawasan di mana mereka banyak berkeliaran. Sekarang ini aku hanya beri di tingkap rumah aku walaupun ada jiran yang memerhati dan komplen dalam grup was ap taman aku. Aku buat tak tahu je. Pernah aku jawab juga ,kalau semua penduduk taman ini beri monyet monyet ini makan mereka tidak akan kelaparan dan tidak akan ganggu manusia. Buktinya monyet yang aku beri makan ini tidak akan masuk ke rumah walaupun tingkap terbuka kerana ada yang dah kenal dengan aku. Aku kata pada mereka " jangan masuk, nanti aku ambilkan makanan", faham pulak tu. Setiap kali selepas beri mereka makan aku akan kata pada mereka 'doakan rezeli aku ye" pada monyet monyet itu kerana aku pernah dengar ust berkata haiwan haiwan ini boleh mendoakan rezeki kita jika kita baik dengan mereka. Apa pun jika kenyataan akui ini tak betul mungkin aku tersalah dengar lah.Namun aku percaya jika kita berbuat baik pada haiwan Allah akan berikan ehsannya kepada kita. Insy Allah. Cuma nasihat aku jika monyet datang ke rumah kita
jangan acah acah dia atau jangan halau dia dengan muka marah kita dia akan acah dan marah kita semula
Dalam sekumpulan mpnyet itu ada ketuanya yang berbadan besar dan nampak tua. Jangan ganggu ketua ini
Jika monyet ini membawa anak dia akan lebih garang
Untuk berbaik dengan mereka ambil hati mereka dengan beri mereka makan
Tapi berhati hati jika beri ikut tingkap pastikan tingkap jangan di buka luas dan tangan kita sentiasa ada pada pemegang tingkap supaya kita boleh tutup tingkap dengan cepat
Monyet monyet ini biasanya akan datang semula pada hari lain untuk minta makanan. Itu maknanya dia dah kenal kita. Bila dah kenal dia tak jadi garang dah. Tapi perlu ambil sedikit masa untuk sekawanan monyet kenal kita
Juga hati hati dengan ketua kumpulan mereka kerana dia ni kuat tenaganya. Adakala tak kasi kita tuttup tingkap. Kita tarik tingkap ke dalam . Di tariknya tingkap keluar.
Ada juga segelintir di taman saya yang gunakan mercun bola untuk halau. Ianya cara yang berkesan tetapi mengganggu jiran dengan bunyi bising mercun. Kalau kita pegang kayu pun monyet tu takut dah
Ramai orang tanya, apa sebenarnya kelemahan monyet liar dan macam mana nak ‘handle’ bila monyet liar lapar sampai ketuk tingkap? Dari pengalaman aku duduk di kawasan yang memang jadi laluan monyet, aku perasan beberapa benda penting yang orang selalu terlepas pandang. Pertama sekali, monyet liar sebenarnya penakut bila berdepan dengan benda atau bunyi yang dia tak biasa. Contohnya, kalau kita pegang kayu panjang atau batang penyapu sahaja, kebanyakan monyet akan tiba-tiba jadi ragu-ragu dan tak berani mendekat. Ini salah satu kelemahan monyet liar – dia kuat bila berkumpulan, tapi bila nampak sesuatu yang dia anggap ‘ancaman’, dia akan jaga jarak. Cuma jangan sampai kita sengaja pukul atau sakiti mereka, cukup sekadar tunjukkan kayu sebagai ‘warning’ dan jaga jarak yang selamat. Kedua, monyet liar sangat bergantung pada makanan mudah. Kalau tong sampah kita tak ditutup rapat atau plastik sampah diletak di luar, itu memang ‘open invitation’ untuk mereka. Di sinilah kelemahan mereka – bila dah biasa dapat makanan senang, mereka akan asyik datang balik. Cara aku, aku cuba kurangkan ‘tarikan’ di luar rumah: tutup tong sampah, jangan letak sisa makanan di tempat terbuka, dan kalau nak bagi makan, buat di tempat terkawal seperti tingkap yang boleh kita tutup cepat. Dari segi perangai, monyet liar ni sebenarnya ada hierarki. Ketua kumpulan badan dia lebih besar dan lebih berani. Kelemahan monyet lain dalam kumpulan ialah mereka ikut perangai ketua. Kalau ketua relax dan tak agresif, biasanya yang lain pun akan tenang. Sebab tu aku memang elak provoke ketua – jangan pandang tajam, jangan jerit, dan jangan acah-acah dengan tangan kosong. Aku lebih suka guna suara lembut, cakap elok-elok sambil kawal tingkap. Lama-lama, bila mereka dah kenal rutin kita, mereka kurang agresif. Satu lagi yang orang jarang sedar: monyet liar boleh jadi sangat defensif bila bawa anak. Inilah ‘kelemahan’ dari sudut kita manusia – kita kena extra berhati-hati. Kalau nampak monyet dukung anak, aku memang tak bagi makanan terlalu dekat. Aku letak makanan di satu sudut tingkap dan cepat-cepat tutup semula. Jangan buat pergerakan mengejut, jangan cuba ambil gambar terlalu dekat, dan jangan sesekali cuba sentuh anak monyet. Bagi aku, kelemahan monyet liar yang paling besar ialah bergantung pada manusia bila habitat mereka dah hilang. Bila hutan bertukar jadi taman perumahan, mereka hilang sumber makanan asal. Sebab tu aku cuba seimbangkan: tak manjakan sangat sampai mereka jadi ‘pengemis tetap’, tapi dalam masa yang sama ada rasa kasihan bila nampak monyet liar lapar ketuk tingkap. Selagi kita jaga keselamatan, tak provoke mereka, dan hormat mereka sebagai makhluk Allah yang juga sedang ‘survive’, insyaAllah hubungan manusia-monyet boleh jadi lebih aman walaupun tinggal berdekatan.























Yang kesian kesian monyet ni eloknya kena kejar dengan yang jantan. Agaknya kuat tak berlari. Saya dah kena kejar 2 kali. Itu tanpa provokasi ya