Langkah bendul! wajib bagi hadiah?
#OrangCakap langkah bendul kena bagi hadiah pada yang di langkau. okay apa itu langkah bendul?
LANGKAH BENDUL ialah satu adat dalam masyarakat Melayu yang merujuk kepada pemberian hadiah (selalunya berupa barang atau wang) oleh seorang lelaki yang ingin mengahwini adik perempuan, sedangkan kakaknya masih belum berkahwin.
Bentuk hadiah Dulu biasanya berupa kain, barang kemas, set persalinan, atau wang. Sekarang lebih kepada simbolik sahaja. Tujuan untk menghormati si kakak yg di langkau.
Ia BUKAN WAJIB dari segi syarak, tetapi sekadar adat. Tidak diamalkan oleh semua keluarga, bergantung pada persetujuan.
korang ada yg langkah bendul? tak silap aku , aku bg set kain pasang kot. #AdaYangSama ?























huhu kitanya xbg apa2 kat kakak tp mak2 pula yg soh bg.. xpe lah bg je la cincin