... Baca lagiKoleksi CHAGEE x Hello Kitty memberikan suasana hangat dan menyeronokkan bagi setiap peminat Hello Kitty di Malaysia. Selain beg kertas berjenama dan beg plush Hello Kitty dengan kaca mata yang ikonik, koleksi ini juga menonjolkan cawan kopi yang direka khas serta alas cawan bertemakan "CHAGEE TOGETHER" yang agak praktikal untuk kegunaan harian.
Saya ada berpeluang ke kafe yang mempamerkan koleksi ini; suasananya sangat cozy dengan standee besar Hello Kitty memegang cawan CHAGEE yang unik. Malah, mereka turut menyediakan bingkai foto besar "A Cozy Cup" yang membuat sesiapa sahaja yang datang teruja untuk bergambar.
Selain itu, mereka juga mengedarkan baucar diskaun RM3 berbentuk beg kertas Hello Kitty yang sangat menarik perhatian. Ini adalah satu cara yang bagus untuk menggalakkan pelanggan kembali ke kafe. Bagi yang memang peminat Hello Kitty, mesti jangan lepaskan peluang memiliki aksesori rambut kecil dan patung Hello Kitty kecil yang comel untuk dijadikan koleksi atau hadiah.
Kombinasi warna coklat dan beige pada koleksi ini amat sesuai dengan citarasa moden dan kasual, menjadikannya pilihan yang mudah dipadankan dengan gaya harian. Saya rasa, koleksi ini bukan sahaja menarik secara visual tetapi juga praktikal dan sesuai untuk semua peringkat umur peminat Hello Kitty.
Kalau anda mencari sesuatu yang unik untuk menambah koleksi Hello Kitty atau hadiah spesial, koleksi CHAGEE x Hello Kitty ini memang wajar untuk dicuba dan dimiliki!