LEMBU PURPLE
1. Bila saya mula buka Chicken Royale pada tahun 2016, saya cukup yakin CR ni dapat meletup.
2. Ayam saya sedap , segar, berperisa, dimasak dengan penuh teliti .. Mcm terbaik dari ladang la…
3. Hampa…., Food truck saya sunyi
4. Sehari sales 100 ke 500.
5. Saya tertanya-tanya, knp tak de org datang?
6. Bukannya makanan saya tak sedap.
7. Masalahnya, “sedap” saja tak memadai.
8. Dalam dunia F&B, “ayam sedap” dah jadi benda biasa.
9. Tak ada sebab untuk orang berhenti skrol media sosial atau sanggup drive jauh semata nak makan.
11. Saya perlukan sesuatu yang betul-betul lain.
12. Tahun 2018, datang satu idea.
13. Saya hidangkan platter besar khas untuk keluarga. Saya nama kan set Badang.
14. Saya mula dgn kenal sapa customer dan apa diaorang perlu.
15. Bukan setakat itu, saya tambah kejutan.
16. Keju cair yang saya bakar depan mata.
17. Bila pelanggan datang, bukan ayam panas jer…
18. Diaorang dapat tengok sendiri keju meleleh perlahan-lahan di atas hidangan gergasi, semuanya live, depan mata.
19. Aksi bakar cheese
20. Aksi yg org tak sangka dan tak sabar nak rakam dan share.
21. Inilah strategi “Purple Cow” yang Seth Godin tulis dalam buku dia, Purple Cow.
22. Dia kata, dalam perniagaan, menjadi “hebat” sahaja tak cukup.
23. Kita kena jadi “luar biasa”
24. Macam nampak lembu ungu kat tengah-tengah padang.
25. Lembu ungu tu pelik, unik, dan buat orang berhenti, tengok, tangkap gambar, dan nak cerita kat kawan-kawan.
26. Hasilnya? Video Chicken Royale terus meletup.
27. Cecah 50 juta tontonan di TikTok.
28. Dgn izin Allah, asbab purple cow ni lah Food truck yg dulunya sunyi jadi restoran hampir 20 cawangan. Sales 10 juta setahun.
29. Sebelum tu saya cuma bergantung pada “ayam sedap,” tapi bila saya ubah pendekatan kepada sesuatu yang gempak, unik, dan
senang diviralkan, barulah bisnes melonjak.
30. Saya NazDaim, penulis, content creator dan usahawan. Pemilik NDtale Chicken Royale. Saya berkongsi tentang bisnes, pemasaran, F&B, automotif dan teknologi. Saya juga membantu bisnes orang dalam branding, marketing dan content. Kalau nak borak, collab atau review bisnes… PM tepi je







































kalau kaler merah betul.. yahudi zionis billion pun dia beli.. lama diorg tunggu lembu merah..😂