Setuju Tak? Ni Soalan Paling Bodoh Abad Ni! 😡
Ini screenshot dari postingan AdamCorrieLee di Threads, yang baru kehilangan ibunya. Ibunya bukan beragama Islam, dan Adam Corrie sebagai seorang Muslim telah menjaga batas serta menunjukkan penghormatan dan kasih sayang terakhir kepada ibunya.
Tiba² ada pula mala'on komen:
"Salam takziah bang. Sedih tak mak tak jadik muslim sebelum meninggal?"
WEH, INI SOALAN PALING BODOH! 🤬 #SetujuTak
Orang tu tengah berduka, baru kehilangan orang tersayang. Instead of beri semangat atau ucapan takziah yang betul, dia pergi tanya soalan yang highly sensitif dan berunsur penghakiman. Soalan ini confirm buat orang yang tengah bersedih tu lagi sedih dan serba salah. Adam Corrie sendiri dah share bahawa dia tetap bersama ibunya hingga akhir sebagai tanda hormat dan kasih sayang. Tak perlu trigger lagi bab agama dalam situasi macam ni.
Komen-komen sebegini (terutama yang melenting balas balik bila ditegur) bagi persepsi yang sangat buruk kepada orang bukan Muslim. Mereka akan anggap Islam ini agama yang kejam, suka paksa, dan tak menghormati pilihan/takdir orang lain. Padahal, Adam Corrie sendiri dah quote dalam posting keduanya:
"Tidak ada paksaan dalam agama." (Surah Al-Baqarah: 256)
#NakTanya Korang pernah nampak tak komen-komen di bawah posting orang yang ada ahli keluarga beragama lain, tengah bersedih atau berkabung? Tiba-tiba ada soalan dari orang yang seriously tak ada commonsense dan adab langsung! 😡
Dalam situasi kehilangan orang tersayang, sangat penting untuk kita jaga kata-kata. Saya pernah alami sendiri ketika melawat rakan yang baru kehilangan ahli keluarga, ada orang yang bertanya soalan personal dan tidak sesuai waktu, menyebabkan suasana jadi tegang dan sedih bertambah. Soalan seperti 'Macam mana boleh jadi kalau dia tak ikut agama kita?' hanya menambah beban emosi, bukan membantu. Dari pengalaman itu, saya belajar bahawa rasa hormat terhadap perasaan orang lain lebih utama daripada bertanya soalan yang tajam. Walaupun ramai yang ingin tahu atau prihatin, cara bertanya sangat penting. Sebaiknya, kita beri ruang dan sokongan kepada yang sedang berkabung tanpa menambahkan tekanan. Artikel ini simpatik dengan kisah AdamCorrieLee yang menunjukkan kasih sayang dan hormat tanpa mengira perbezaan agama. Ia mengajar kita cara berempati dan tidak menghakimi, terutama dalam masa yang sukar. Jika jiran, sahabat atau keluarga kita berdepan situasi sebegini, beri ucapan takziah yang ikhlas, bukan soal yang menyinggung perasaan. Selain itu, komen di media sosial pun perlu dikawal supaya tidak menimbulkan perbalahan atau salah faham. Ingat, ‘Tidak ada paksaan dalam agama’ (Surah Al-Baqarah: 256) mengajak kita bersikap hormat dan lembut hati. Jadi, elakkan bertanya soalan yang dianggap 'bodoh' atau sensitif, terutamanya dalam masa berkabung, supaya suasana tetap penuh hormat dan kasih sayang.



Simpan je soalan tu , duduk diam² .