Pelaku Tiru Watak Yagami B*nuh Dalam Dunia Nyata ?
Dia baru 14 tahun.Dia melangkah ke sekolah seperti hari biasa, tapi hari itu, dunia berubah arah.
Seorang pelajar perempuan rebah berlumuran dar*h. Dan pelakunya? Rakan satu sekolahnya sendiri.
Selepas itu, dia berjalan tenang,meneguk air dari botol seolah-olah baru menamatkan satu mission complete.
Di sisinya, ditemui sekeping nota bertulis,
“I am justice. I will become the god of the new world.”
“I win.”
Ayat-ayat yang sama diucapkan oleh Light Yagami watak utama dalam komik Death Note. Cuma kali ini, ia bukan lagi fiksyen. Ia jadi nyata.
Dari Pembaca Komik Ke Pemuja Kuasa
Dalam Death Note, Light Yagami ialah pelajar pintar yang menemui buku ajaib tulis nama sesiapa, orang itu akan mati. Pada mulanya dia mahu “bersihkan dunia”, tapi sedikit demi sedikit, dia mabuk kuasa.
Dia tidak lagi mahu menegakkan keadilan, dia mahu menjadi Tuhan Dan inilah skrip yang kini dihidupkan oleh pelajar sebenar. Ayat-ayatnya hampir sama,
“I am justice.”
“I will become the god of the new world.”
Ini bukan sekadar minat terhadap watak. Ini internalisasi naratif psikopat.
Dalam psikologi, kami sebut fenomena ini sebagai identification with the aggressor apabila seseorang meniru kuasa dan kemarahan penjenayah kerana di dunia nyatanya dia berasa tak berdaya.
Dia tidak lagi menonton cerita itu, dia hidup dalamnya.
Dulu Kita Baca Komik Nak Jadi Hero, Sekarang Ada Yang Baca Nak Jadi Tuhan
Zaman kita dulu, kita baca Detektif Conan, Doraemon, Mutiara Naga, Suria Baja Hitam, Ultraman. Watak-watak itu ajar tentang nilai moral, keberanian, dan kasih. Hero tetap berperikemanusiaan walau sekuat apa pun dia.
Sekarang, dunia hiburan penuh dengan anti-hero, watak yang membunuh atas nama keadilan versi sendiri. Dan di situlah generasi ini mula kabur antara kuasa dan kebenaran.
Menurut teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg, remaja moden berada di fasa post-conventional reasoning mereka mahu menentukan moral sendiri, bebas dari suara ibu bapa atau agama.
Masalahnya, bila bimbingan emosi dan spiritual hilang, fiksyen menjadi guru moral baru. Dan bila guru itu toksik, nilai yang terbina juga rosak.
Bila Dunia Fiksyen Jadi Dunia Nyata
Nota pelaku itu juga menyebut,
“Zero Day.” “NPC.” “I win.”
“Burn down the school.”
Ini bukan lagi emosi remaja marah. Ini naskhah delusi kuasa.
“NPC” bermaksud non-player character watak maya yang tidak penting. Bila anak menulis begitu, itu tanda dia tidak lagi melihat manusia sebagai manusia.
Dia melihat semua orang seperti watak yang boleh dipadam sesuka hati.
Itu bukan lagi marah. Itu depersonalisasi. Dan dari situ, lahirlah keberanian untuk membunuh tanpa rasa bersalah.
Dulu Kita Menonton Untuk Faham Dunia, Sekarang Mereka Menonton Untuk Lari Dari Dunia
Zaman dulu, kita tengok Ultraman atau Baja Hitam untuk berangan jadi berani. Kita masih sedar mana realiti, mana cerita. Kita boleh teruja, tapi masih takut berdosa.
Zaman sekarang, skrin bukan lagi cermin hiburan. Ia tempat berlindung daripada realiti. Bila hidup terlalu sunyi, anak-anak mencari “makna” dalam dunia maya dan di situ, mereka belajar meniru perasaan dan tindak-tanduk dari karakter rekaan.
Kajian dalam psikologi perkembangan menunjukkan pendedahan berulang kepada kandungan ganas akan mengubah sirkuit empati dalam otak.
Akhirnya, mereka tidak lagi merasa apa-apa bila melihat kesakitan orang lain.
Otak mereka tahu itu “salah”, tapi hati mereka tidak lagi terasa. Inilah tanda moral disengagement bila akal dan hati sudah berpisah jalan.
Ibu Ayah, Kita Tak Boleh Lagi Pandai Tafsir Markah Tapi Buta Tafsir Emosi
Anak sekarang bukan kekurangan ilmu, mereka kekurangan makna. Kita sibuk kejar gred, tapi gagal faham gradasi emosi dalam diri mereka.
Kita gembira bila mereka diam, sedangkan diam itu mungkin jeritan halus yang kita abaikan.
Sebagai pelajar Psikologi Perkembangan, saya tegaskan, otak remaja belum cukup matang untuk menapis emosi berat tanpa bimbingan kasih.
Jika tidak dipandu, mereka mencari jawapan dalam dunia digital dan dunia digital tidak ada belas kasihan.
Bila Dunia Hilang Cermin Kemanusiaan
Tragedi ini bukan sekadar kisah sekolah.
Ia cerminan generasi yang sedang kehilangan rasa manusia.
Dulu kita baca komik untuk jadi hero. Sekarang ada yang baca komik untuk jadi Tuhan.
Dan di situlah bermulanya kejatuhan bila anak bukan lagi mencari kasih, tetapi mencari kuasa untuk menggantikan Tuhan yang mereka tak sempat kenal dalam diri sendiri.
Terus terang, aku dulu pun suka Light Yagami. Banyak light yagami meme yang lucu lalu kat timeline – dari muka "I am justice" sampai reaction Ryuk makan epal – dan kita gelak macam biasa. Tapi bila tengok kes pelajar sebenar tiru dialog "I will become the god of the new world" siap tulis ZERO day dan "Burn down the school" dalam nota, aku mula rasa meme ni bukan sekadar bahan lawak. Ramai orang share light yagami meme sebagai cara coping: konon nak "delete" orang toxic, boss garang, ex yang curang. Kita tahu itu gurauan, tapi kalau selalu sangat consume konten macam ni tanpa filter emosi, garis antara fantasi dan realiti boleh jadi kabur, especially untuk remaja yang masih cari identiti. Bila aku baca nota pelaku yang tulis semua orang NPC, aku teringat balik banyak meme yang normalisasikan idea "main character" dan "NPC". Dekat internet, panggil orang lain NPC nampak macam joke, tapi dalam psikologi, bila kita mula nampak manusia lain sebagai watak yang tak penting, itu langkah awal depersonalisasi. Dari situ, senang timbul rasa "aku lebih hebat" atau "aku tuhan" yang berhak tentukan siapa patut hidup atau mati. Sebagai orang biasa yang suka anime dan komik, apa yang aku belajar ialah: kita kena sedar konteks sebelum share atau enjoy light yagami meme. Kalau aku perasan kawan remaja asyik post meme Death Note dengan caption penuh dendam, atau selalu tulis "I am justice" dan "I win" sambil cerita nak balas dendam pada sekolah atau keluarga, itu red flag yang patut buat kita tanya, "Kau okay tak?" bukannya terus like dan share. Untuk ibu bapa dan cikgu yang mungkin blur pasal budaya meme ni, cuba luangkan masa tengok apa yang anak-anak consume. Bukan sekadar check gred, tapi tengok feed mereka: ada tak meme yang glorify bunuh, ZERO day, atau burn down the school? Daripada situ, boleh mula conversation santai: tanya kenapa dia suka watak tu, apa yang dia rasa bila tengok Death Note, adakah dia pernah rasa nak "hapus" orang dalam hidup. Bagi aku sendiri, cara sihat untuk enjoy Death Note dan light yagami meme adalah jadikan ia bahan diskusi moral, bukan blueprint tindakan. Lepas tengok episode atau meme, aku suka tanya diri: kalau aku pegang Death Note, adakah aku betul-betul lebih baik daripada penjenayah yang aku tulis namanya? Soalan macam ni bantu otak kekalkan empati, bukannya mabuk kuasa. Jadi bila kita share meme Light Yagami dengan quote "I will become the god of the new world", cuba seimbangkan dengan konten yang mengingatkan kita tentang nilai belas kasihan, terapi, dan sokongan emosi. Dunia digital mungkin tak ada belas kasihan, tapi kita sebagai manusia masih boleh bawa hati dalam cara kita gelak, share dan respon pada meme yang kita nampak setiap hari.



Bahaya bila dah tiada rasa takut dengan Allah Ta'ala.. merasa diri Tuhan pemahaman songsang Allah Akbar.. wal hal ada seketika Allah Ta'ala hadir rasa takut dengan makhluk atau hadir perasaan takut tanpa sebab tipu lah kan kalau tak pernah alami.. Sebenarnya itu nak bagitau kita ni makhluk bukan Tuhan.. Kenal Tuhan bukan dari dalam diri saja luar dari diri kita pun kena kenal Tuhan..👏🏻 Bahaya budak² laa ni... makin banyak membaca bukan kui paham tapi buat pemahaman sendiri.. Dah macam gila isim.. Allah Akbar.. Mungkin depa akan belajar masa dah tiada teknologi masa tu ilmu dengan siapa depa nak belajar...