9 TIPS CONFIRM KURUS 2025 TANPA STRESS ☺️😍

Hi semua lamoners Lemon8_MY

Berazam nak kurus 2025 ?? amalkan tips diet sihat tanpa harus berlapar dan stres okay ☺️

JANGAN BERLAPAR

kajian menunjukkan diet keterlaluan sehingga berlapar membuatkan kita gagal kurus. berat maybe turun dalam masa yang singkat tapi akan cravings makanan tinggi kalori and mungkin akan naik semula jika tidak betul2 jaga. bila kerap berlapar, badan akan kebuluran dan akan cuba menyimpan tenaga dalam bentuk lemak.

HINDARI MANIS & BERLEMAK

segala bentuk makanan dan minuman manis, makanan berminyak atau berlemak atau kuih muih. namun minyak atau lemak baik seperti fish oil, extra virgin olive oil digalakkan ambil secara bersederhana.

KURANGKAN KARBOHIDRAT

kurangkan ( jangan tak ambil langsung)

karbohidrat seperti nasi, roti dan lain2. lebih baik jika digantikan dengan bijirin penuh seperti beras perang, roti wholemeal/grain sebab dapat buat kita rasa kenyang lebih lama.

LEBIHKAN SAYURAN

lebih baik jika dapat pelbagaikan jenis sayuran. sayuran sangat rendah kalori tapi sangat tinggi serat serta vitamin dan mineral. Ambil banyak sayuran bukan sahaja mengenyangkan malah dapat cegah pelbagai penyakit.

LEBIHKAN PROTEIN

pengambilan protein seperti ayam, ikan dan daging dapat bantu tingkatkan rasa kenyang lebih lama dan bantu tingkatkan jisim otot. bila jisim otot meningkat, metabolisma turut meningkat membuatkan mudah membakar lemak.

BERSENAM

cari masa untuk bersenam. jika tak pernah atau jarang exercise jangan paksa diri. boleh mulakan dengan sedikit and konsisten.

TUKAR KUDAPAN

rasa nak kunyah atau snacking, elak kuih muih, makanan manis atau berminyak. ganti dengan kekacang, buahan, yogurt atau dark chocolate.

MINUM AIR KOSONG YANG CUKUP

minum air kosong sekurangnya 2 liter sehari. jangan hingga memaksa diri ambil air terlalu berlebihan

#Lemon8Festival #WeeklyChallenge #wellness #tipssihat #dietsihat

2025/8/9 Diedit kepada

... Baca lagiSelain mengikuti 9 tips asas untuk kurus seperti tidak berlapar dan mengurangkan makanan manis, saya juga suka menyediakan jadual makanan diet yang fleksibel supaya tidak bosan. Contohnya, saya gantikan nasi putih dengan beras perang atau roti wholemeal supaya rasa kenyang lebih lama. Untuk cara diet santai, jangan terlalu rigid sehingga stres. Saya mula dengan perubahan kecil seperti tukar kudapan berminyak kepada buah segar, kekacang, atau yogurt. Ini membantu saya kawal nafsu makan tanpa rasa tertekan. Selain itu, bersenam secara konsisten walaupun ringan seperti berjalan kaki 15 minit sehari membantu mempercepatkan pembakaran lemak. Saya juga pastikan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter supaya tubuh kekal hidrat. Memanfaatkan jadual makanan diet yang diatur mengikut waktu, termasuk makanan tinggi protein untuk tingkatkan metabolisma, memberikan kesan positif jangka panjang. Penting juga untuk elakkan diet ekstrem kerana saya belajar berat badan mudah naik kembali jika badan stres atau kebuluran. Jadi, kunci untuk cara kurus badan yang berkesan adalah gabungan diet seimbang, pemilihan makanan bijak, aktiviti fizikal dan konsistensi tanpa tekanan berlebihan. Ini yang saya amalkan dan boleh dicuba oleh anda juga untuk capai impian kurus 2025 dengan gembira.

18 komen

Imej tasha aly
tasha aly

start 1/1 dah stop minum atau makan manis just tak boleh kawal lagi makanan berminyak 🥺 azam tahun ni nak kurang 56kg dalam masa 7 bulan amin✨

Lihat lagi(2)
Imej liliy's
liliy's

semoga cpat la kurus 2025 ni 😂

Lihat lagi(2)